Pages

16 April 2012

Kepada 'diA'....(^_^)


~Takpe awk, ABAIKAN saya sekarang, Allah sayang..Allah redha. 
Lepas ini dah HALAL kalau awak ABAIKAN saya, Allah MARAH.....
Letakkan ‘abai’ pada MASA yang sesuai..:)



JANGANLAH mencintai akan diri ini seandainya MENCINTAI Allah pun masih BELUM dirimu mampu...(。◕‿◕。)



♥..Aku BELUM tentu akan menikahi orang yang aku cintai tapi aku akan MENCINTAI orang yang aku NIKAHI..semoga diriku bakal menjadi PENYEJUK MATA kepada seorang LELAKI yang BAIK suatu ketika nanti..
insyaAllah..ღ¸.•´¯)♥

p/s : jodohku masih JAUH..andainya dirimu adalah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa KASIH dalam hatiku juga hatimu. Itu JANJI Allah..~

gambar Hiasan aje...:p

13 March 2012

~Buatmu Teman~

I'm dedicate this post to “Nur Syafini Ahmad Kamil”


Salam....Finie,,
kad jemputan yg kamu antar dah berjaya aku terima. Saat itu, menitis jgk lah i mata aku. Apa tidaknya, sorang lagi teman aku dari 108B, bakal menamatkan zmn bujang.sobs3,,
Dan, salah lah tekaan kamu dan nisa yg telah bergurau 5thn yg lalu bahawa aku akan menjadi manusia terawal yg akan berkhawin...:(
~Sesungguhnya, kita tak mampu meramal masa depan kan....(T_T)

Finie,
Ingat tak waktu2 kita meniti kedewasaan d UiTM dulu? Masa 2 aku tak tau pun kita satu negeri...mujur lah ada mamarazi(nisa) yg pergi menjejaki kaum kerabat kita.hehe. Aku time 2 macam “homesick” lah....terperap d dorm bersama hset “chokia”ku. :p
masa 2 aku cuma ada nisa (maklumlah 1 skolah). Dan selepas kamu n nisa berkenalan, dia pun dgn riang ria nya dtg bagitahu aku yg dia dah ada geng cocopowerangers yg baru..wah!!!!
ketika 2 aku igt lagi, aku d level 3 dan kamu n nisa dapat asrama d tingkat 4.-berjiran wooo :)

wajah UiTM yang dirindui...:)

Finie...
Ingat kah dikau ketika kita d gigit tebuan secara berjemaah? Ehhh lupa plak, aku-nisa-bed jea yg kena kan? Kamu plak selamat dgn jayanya. Tp yg plg teruk aku lah. Sbb kena kat bibir....maka, 18jam aku jadi ning baizuka.... Nisa best la sbb kne kat kaki. Bed kat bahu,, n kamu tak kena langsung...uhhh,,,,,
masa 2 semua jenis petua korang bagi kat aku. Macam2 benda aku sapu. Yealah, kan kea malu if masuk dewan esk semua org tgk? Tobat klau x ilang bengkak 2 aku tak mau join minggu suai kenal tu...(T_T)
kesimpulannya, jgn berteduh d bawah pokok tanjung yg rendang okeh (^_^)


selepas tidak lagi menjadi penghuni asrama, kita pun melangkah lebih jauh.(jauh sikit dari kampus je. Still dk malaysia.ehe,)
dan.....time 2 lah kita sama2 blajar hidup berdikari. Angka keramat yg x kan aku lupa adalah 108B..
di situlah kita menjadi sebuah keluarga yg berlainan mak ayah..,,tp matlamat kita sama...nak habiskan jgk degree yg time 2 kita anggap tak tau leh habiskan ke tak. (masa 2 semua benda rasa susah jea kan)
beza kita yg ketara adalah,
aku tak pandai...kamu plak, pandai sgt (^_^)

Finie, thanks a lot sbb bagi support utk aku jadi berani. Berani apa??
alaaa...kan ke kamu yg menemani diriku yg konon2 nya segan nk bergambar ngan “pakcik bus fevret” ???haha
time 2 kita kne pegi buat lawatan ke UiTM Shah Alam, ada dua ke 3 buah bus yg disediakan. Dan kita ada pakcik bus fevret masing2...:p
orang lain sibuk duk ambik gambar dgn lecturer kot,, kita ambek gmbr ngan pakcik bus..bed lagi klakar, dia terkinja2 nak ambik gambar dgn pak guard dkat Open Univ..haha
~kita ni remaja yg luar biasa...bukan tahap artis. Sebab kalau nampak artis, xnak plak ambik gambar. Kecuali bergambar dgn Anuar Zain dkat de curve..ehh, aku jadik tukang ambik jea la :)

FiNie...
aku jadi sdeh kalau igt blk kenangan2 kita dulu...”kepelbagaian” tu ada..dan ia jadi manis sgt bila diamati balik. kan3??

Masih ingat tak saat2 kita and de gang jadik 1 group utk asigment ISD?? ntah macam mana kita sepakat nk p buat kat NAZA Gurun. Aku dah tak ingat nama2 pegawai yg incharge kita. Tp muka2 diorang aku still ingt...memang best,, tp time nak present kat tempat diorg tu....ketaq jgk la kepala lutut aku. Dan automatik kepala lutut jadi longgar bila diorg tegur pasal background slide!!!! buat kat NAZA, tp aku p letak secebis gambar “Gen two” haha...
nisa klaka sebab dia tak nak present. Nak jadik tukang “tekan slide” jea..hihi.
Kalau aku igt detik2 tu kan, mmg rasa nak gelak guling2..so funny.
Tp time semua kejadian 2 berlaku, kita dup dap dup dap....kalau nk tergelak pun, gelak dalam hati jea..:p
dan alhamdulillah...semuanya selesai di dewan Laguna Merbok.kalau bleh flash back balik time kita present 2 tentu klaka kan. Ngeh3

Nisa, Aini, Masni, Linda,Fini~kenangan di NAZA Gurun



Finie,
aku masih ingat lagi time 30Mac,,yup. Malam 30mac.
Uit,, jangan wat tak ingat plak.hehe
ketika diri ini tekun membuat asgment yg bertimbun..bertemankan laptop dan earfone,,tiba-tiba
+
+
+
+
+
+
+

pufffff.....
seguni gandum menerjah ke kepala ku...lepas tu,, lagi scary bila kejadiaan tu d sambut oleh hilaian 3 makhluk halus!!! huwaaa...
aku tau sangat dah sapa 3 makhluk tu.
Fini-masni-nisa.

Owhh...sadis btol bila sambutan bufday ku d hujani dgn hujan salji(gandum)habis skali dgn laptop aku korang p renjis...sobs,,
by de way, TQ 4 little cake 2...nampak mcm cake “Koop” jea...haha

haaa... mlm tu aku dpt line free...maka korang tentu jeles...(7hari 7mlm tuh)...:p

disebabkan time tu aku sorang, kne lawan 3(kamu,masni n nisa),, maka aku tak mau lawan...akan ku tunggu bln 8 dan 9...siap la!!! haha
~masni slamat sebab dia bulan 1. (T_T)

time giliran ur bufday,, kamu macam tau2 ek aku nk balas dendam...pandai jea p masuk tido awal. Siap kunci pintu lagi. Haha
nisa selaku “warden” rumah, tentulah dia ada semua kunci bilik..yuhuuuuu!!!
gaya yg aku gunakan bukan lagi tepung gandum(kbetulan kot, tepung habis. Aku cr kat dapur takde)
aku yg tramat kreatif ni guna benda free jea...
~ AIS~
ais ketul+air ais = sejuk tahap antartik

maka malam itu,, adengan simbah menyimbah pun berlaku...ha3
apapun, sorry sesangat ek. Raya tahun sebelum2 ni kan kita dah bermaafan melalui kad Raya :)

okeylah,
masa tak mengizinkan untuk aku post entry panjang...aku harus berlalu dengan kesayuaan...sebak di dada kerana seorang lagi teman yg d sayangi sudah berteman....
sekarang berdua..pasni kamu akan bertiga plak.huhu




Antara teman lain yang melangsungkan perkhawinan di bulan Mac:-

~Farhan dan Fieza~


~Cikgu kamsiah dan Pasangan~


Eni Noraini dan Riddwan



*SeKaLung TahniaH unTuk Semua yang Slamat Membina Masjid pada Bulan ini*

23 February 2012

~This Book For Today~



ermmm... baru je slesai membaca buku ni.
start baca time masuk kje pg td. (kbetulan hr ni jadual tak pax sgt)
buku ni best,,sbb tu mau share kat sni. dan entry ni bkn utk promote atau d taja oleh sesapa...juz sharing-sharing aje... (^_^)
kbetulan masa dk check shelf buku pg tadi,, tertarik plak tgk buku ni yg dk tersengeh atas rak. buku ni bergenre "islam dan sains".(subject heading). penulisnya adalah DR.Danial Zainal Abidin, Dr Danial ni jgk adalah owner kpd sebuah klinik syifa'(rawatan cara islam).

apa yg best ttg buku ni,, sbb ia byk mengemukakan crita2 pedoman dan ilmu Al-Quran yg sentiasa mendahului zaman. Turut di sentuh,, kejadian manusia dan asal usulnya...

~marilah kita sama-sama memupuk minat membaca...tak bleh 1 buku sehari??apakata kita baca 1 buku seminggu (^_^)

10 February 2012

AlhamdulillaH

Lama dah tak update blog ni...sesungguhnya kehidupan d dunia nyata lebih penting dr alam maya.(^_^)
sbenarnya,, sibuk dgn kenduri kendara kengkawan n kenalan rapat. bukak2 diary 2012 terus d hujani dgn jemputan2 majlis sebegitu. sah-sah lah yg menjadi pendamping d saat ini adalah nasi beriani..nasi hujan panas n nasi minyak. tp nasi putih jua yg menjadi pujaan hatiku..(^_^)
selain makan2 apa saja yg disuruh makan, yg harus ada tentulah sesi fotostat snap sana sini majlis tersebut utk d jadikan kenangan abadi 20thn akan datang...ni jelah yg bisa d share (>_<)

Majlis Perkhawinan Ahmad Syazni dan Haslina





Majlis Pertunangan Yanti

~ banyak kuih muih yg tak biasa dilihat, tp kelihatan di majlis yanti. kira ni kuih tradisional orang pineng lah :)

Majlis Merisik Mira


time datang si mira tgh menyiapkan diri. xsempat ambil gambar dgn dia. emaknya adalah my opismate:)





kepada mereka semua., Selamat BerbahagiA (^____^)

19 January 2012

KENALI WATAK DI SEBALIK WARNA FEVRET ANDA....


WAHH!!! SGT STRESS...MINGGU NI NGAM2 7HARI DI LANDA KESIBUKAN. OKEH,,SEBELUM SY MEMBAZIRKAN OKSIGEN D MUKA BUMI NI,,BAIK SY UPDATE BLOG NI CEPAT2.. SELAIN MENYELAMATKAN DIRI DARI PIHAK MUSUH. EHE,,

SEBELUM TU,SAJE NAK BG SOKLAN2 YG ANDA HANYA PERLU JAWAB DALAM HATI JEA SBLM MENERUSKAN PEMBACAAN ENTRY NI.
(HALAMAKS, GUNA CAPSLOCK, NAMPAK SGT TGH WAT KJE SAMBIL BERFOYA2..MUNGKIN NI FAKTOR KJE SIAP LAMBAT...HIHI)

Ermm...Adakah anda mempunyai WARNA kegemaran? Warna apakah yang menjadi kegemaran anda? BIRU? MERAH? HIJAU?KUNING? HITAM? PUTIH?
Sedarkah anda bahawa warna yang menjadi kegemaran itu sebenarnya sedikit sebanyak menggambarkan sikap dan watak anda.

Menurut kajian oleh pakar psikologi mendapati warna mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam perwatakan dan sikap seseorang.



HIJAU
Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. 
Warna ini mempunyai sifat :~ meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya suka dipuji, mudah menasihati orang lain.


MERAH
Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

~Merah Terang (maroon)
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. 
Sifatnya :~ Agresif, Aktif, Garang. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, kejantanan.

~Merah Jambu
Warna ini melambangkan romantik, feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan.


BIRU
Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyutan nadi, dan tarikan nafas.

~Biru Tua
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, kejujuran dan patriotik.
Pengaruhnya :~ Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.


~Biru Muda
Warna ini melambangkan kesungguhan cita-cita dan penuh keazaman. 
Sifatnya :~Bertahan, Pelindung, Tidak Berubah Fikiran.
Pengaruhnya :~ Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.



KUNING
Warna ini melambangkan kegembiraan. 
Warna ini mempunyai sifat :~ Selamba, Santai, Tenang dan tidak terkesan dengan masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.

~Kuning Terang
Warna ini melambangkan sifat yang boleh berubah dengan mendadak. Sifatnya sederhana tetapi unik. 
Sifatnya :~ Bertolak ansur, Berhati-hati, Menonjol.
Pengaruhnya :~ Berubah-ubah sikap, berwawasan, dermawan, tidak mudah percaya pada orang.


 
KELABU
Warna ini tidak menunjukkan makna yang jelas. Tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi. Warna ini sifatnya lebih kepada NEUTRAL.


HITAM
Warna ini melambangkan kesedihan dan keseorangan. Ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.



COKLAT
Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.


 
UNGU
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif..


 Okeh,,silalah match warna pevret anda n sifat anda itu...ni jelah sementara dapat ilham lain. tQ :)

16 January 2012

~♫♥ SimpLE ♫♥~

~perkataan "Sederhana"adalah pkataan yg plg sy suka.sebab, dari sifat sederhana akan terbit rasa syukur yg membawa kpd pengucapan "Alhamdulillah"
~bersederhanalah dlm segala hal...nescaya kamu akan tenang wlaupun dlm nikmat yg sedikit:)
situasi 1

miss X: you pakai pencuci muka apa? i beli one set SK II tau...(tanpa d tanya, terus ckp pakai SK II)
miss Y: ermmm...sy pakai yg biasa2 jea...masa remaja dulu pakai pucuk jambu batu jea...tumbuk lumat pastu sapu kat muka.hehe

situasi 2

miss X: lor....nape beli minyak wangi brand ni? time sale gni, beli lah Gucci kea...Paris Hilton kea...bila lg nak merasa kannn
miss Y: Xpelah, belum masanya lg nak pakai yg brand tu...:)

situasi 3

miss X: ehhh,,,, rugi tau kalau beli handbag jenama yg ni,, tambah lagi RM100 u bleh dpt brand yg lagi elok apaaaaaa....
Miss Y: i tak memilih brand, i memilih design yg cantik d jea...xkisah la cap daun mengkuang pun..

~ahaa,, 2 adalah antara senario yg biasa d hadapi...klau org yg taknak besederhana dlm kehidupan, dialog dia mungkin jadi lain lah kan.

~dan mungkin kerana terlalu taksub kpd kesederhanaan, maka sgala aspek sy nak duduk kat "middle" jea...xmau jadi winner, takmau jd juara... dan takmau jadi yang pertama. ms skolah dl pun dk kelas tgh2...tak cerdik sgt, dan x tercicir sgt. ehe,,,masuk univ pun bukan lah sampai ke oversea..:p
kje pun biasa2...xdelah sampai org kne hormat sehingga kita rasa hidup sambil menongkat langit...

~harapan, semoga kesederhanaan akan terus subur dalam diri...kerana, dari kesederhanaan lah kita akan lebih kerap merasa syukur dgn setiap kurniaanNYA...:)

6 January 2012

HarapAn Di Tahun BaRu...

eerrrk....sedar tak sedar dah smgu kte d tahun baru 2012 kan.. Mmg benar lah kata orang,,masa berjalan sgt pantas. sepantas lipas kudung kot. ehe,

azam thn baru?? ermm...rasa nya sangattttttttttt banyak!!! tp x confident lah plak bley tunaikan ke tak. bukan ke ms berjalan sgt pantas?? tkut tak tertunai byk benda...nanti kecewa yg dasatt. azam thn 2011 pun byk tercicir...ni nak buat azam lagi??  :p

~New Year Wishes~

* Nak jadi anak taat yg berjasa :)
* Nak tinggi sikit :p  (sorry lah yea...lepas umur 18thn dah takde harapan nak tinggi dah la) sobsob
* Nak melipat gandakan menu masakan yg membabitkan santan. cop3!!! apa ni?? owhh....kiranya slama ni  asal masak guna santan jea terus fail!!!! haha
* Mr.Right ??
* Target 1 buku sehari harus d baca. sekarang?? ummp...smggu 1 buku kot. ehe

Azam paling tafff yg sebenarnya adalah MENUNAIKAN SEGALA AZAM THN 2011 YG TAK TERLANGSAI TU...:p

4 January 2012

~Pantun Mari Sembahyang~




Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima
minit lima waktu aku tak boleh luang.....

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur aku bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai, tak siapa boleh
Halang!!!

tmenung ape Lagi?? gi lah solat…. hehehe

Renung2kan Dan Selamat BeramaL...
~Yg Baik tu dari ALLAH, yg Buruk tu Dari kite sumer..:)


29 December 2011

...SaTu kEtika kAu bErTanYa...

➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷
sudikah kau menjadi Makmum
disetiap solatku..
agar solatku lebih bermakna
dan terjaga hendaknya..
➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷
sudikah kau menjadi Penjaga
diri dan maruahku
agar hidupku lebih tenang dan bahagia
➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷
sudikah kau menjadi Pendidik
hati dan jiwaku
agar rohaniku terisi hikmahNya
dan akhlakku terjaga hendaknya
➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷
sudikah kau menjadi Pemerhati
setiap gerak dan langkahku
agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku
➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷
sudikah kau menjadi Peneman
di kala suka dan duka ku
agar satu hari, jika ujian itu dtg
air mataku ada yg menghapuskan..
➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷
sudikah kau menjadi Pembela
diriku dan agamaku
agar aku terus berada di atas jln yg benar
➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷
sudikah kau menjadi Penggerak
semangatku..
agar bila aku kelesuan
kau mampu memberi bantuan
walau hanya sekadar senyuman :)
➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷
Sudikah kau menjadi Sahabat
buat diriku..mendengar luahan hatiku
agar aku boleh berbicara apa sj dgn mu
tnpa rasa ragu..
➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷
Sudikah kau menjadi Penghibur
tika ku kesunyian
agar aku boleh ketawa riang

Satu ketika aku menjawab...

"Ya, Aku sudi..
Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI
dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"





Tetapi,
aku kembalikan soalan ini kepadamu...
➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷
sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?

jika aku sudah tidak seperti dulu?
➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷
Sudikah kau pula menjadi
Imam, Penjaga, Pendidik
Pemerhati, Peneman, Pembela
Penggerak, Sahabat dan Penghiburku

Jika suatu ketika nanti
aku sudah tidak mampu lagi menjadi
Makmum di setiap solatmu..

Jika aku sudah tidak mampu lagi
menjagamu,
menemanimu
memerhatikanmu,
mendidikmu
membelamu,
menggerakkanmu
menjadi sahabatmu dan
menghiburkanmu

Sudikah kamu wahai .....................?

Aku percaya..kau masih sudi..

"Kerana Aku pilihmu kerana ILLAHI
dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"

Nikmatilah Percintaan itu dgn caranya yg terindah
~PERKAHWINAN~

*Semoga kiter semua memperoleh cinta manusaia yang mencintaiNYA...AmiN*