29 December 2011

...SaTu kEtika kAu bErTanYa...

➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷
sudikah kau menjadi Makmum
disetiap solatku..
agar solatku lebih bermakna
dan terjaga hendaknya..
➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷
sudikah kau menjadi Penjaga
diri dan maruahku
agar hidupku lebih tenang dan bahagia
➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷
sudikah kau menjadi Pendidik
hati dan jiwaku
agar rohaniku terisi hikmahNya
dan akhlakku terjaga hendaknya
➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷
sudikah kau menjadi Pemerhati
setiap gerak dan langkahku
agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku
➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷
sudikah kau menjadi Peneman
di kala suka dan duka ku
agar satu hari, jika ujian itu dtg
air mataku ada yg menghapuskan..
➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷
sudikah kau menjadi Pembela
diriku dan agamaku
agar aku terus berada di atas jln yg benar
➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷
sudikah kau menjadi Penggerak
semangatku..
agar bila aku kelesuan
kau mampu memberi bantuan
walau hanya sekadar senyuman :)
➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷
Sudikah kau menjadi Sahabat
buat diriku..mendengar luahan hatiku
agar aku boleh berbicara apa sj dgn mu
tnpa rasa ragu..
➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷
Sudikah kau menjadi Penghibur
tika ku kesunyian
agar aku boleh ketawa riang

Satu ketika aku menjawab...

"Ya, Aku sudi..
Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI
dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"





Tetapi,
aku kembalikan soalan ini kepadamu...
➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷
sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?

jika aku sudah tidak seperti dulu?
➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷
Sudikah kau pula menjadi
Imam, Penjaga, Pendidik
Pemerhati, Peneman, Pembela
Penggerak, Sahabat dan Penghiburku

Jika suatu ketika nanti
aku sudah tidak mampu lagi menjadi
Makmum di setiap solatmu..

Jika aku sudah tidak mampu lagi
menjagamu,
menemanimu
memerhatikanmu,
mendidikmu
membelamu,
menggerakkanmu
menjadi sahabatmu dan
menghiburkanmu

Sudikah kamu wahai .....................?

Aku percaya..kau masih sudi..

"Kerana Aku pilihmu kerana ILLAHI
dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"

Nikmatilah Percintaan itu dgn caranya yg terindah
~PERKAHWINAN~

*Semoga kiter semua memperoleh cinta manusaia yang mencintaiNYA...AmiN*


23 December 2011

will be silence untill 28 dec (^_^)

~yA Allah,,
sesungguhnya dosaku menggunung tinggi,,
tp rahmat Mu melangit luas...
harga setitis amal ku bersamaan dgn selautan kasih sayangMU...

warna2 kehidupan sangat cantik bukan??? :)

 

thankz 4 reading dis entry (~_^)

22 December 2011

~♫♥SukA dgN LaGu ni ♫♥~

tajuk lagu?? sila lah teka sendiri...:p

suka2 jea...takde kena mengena antara yg hidup, yg mati...atau yg tgh pengsan..:p

21 December 2011

Rahsia BantaL

~ uishh,, hari ni sgt sorow...pagi tadi bangun dgn longlai sekali... walhal dah tdo 8jam,,rasa mcm baru tdo 8minit.
kepala dan bahu sakit n lemah. umppp ni tentu sbb tdo tanpa bantal semalam.
ehh,, bcakap pasal bantal,, betul kea penggunaan bantal ni mencerminkan peribadi??
baca jelah....pcaya jgn. hehe



Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai
penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.



2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.





3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

uit,, siap ada peta lagi 2 kat bantal...sungguh simbolik!! haha

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini
menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.


 
5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.



6) Tidak punya bantal
Kasihan betul... pergi kedai belilah satu!!! haha


19 December 2011

~♫♥BeRkElaH♫♥~

ahli~16 orang
posisi~pesisir pantai kerancut, tampi, dan monkey beach
menu~macam2,, dan yg paling best "i kopi O" pevrett!!!
aktiviti~main ngan monyet,cari siput,tangkap udang,bakar2,,rebus2,,makan2,,dan bla bla bla...


-beg sape ntah yg terpelanting sampai ke dlm semak tu,,huhu


-myb bentuk muka bumi yg tenggelam sikit kat tgh..maka sy kelihatan lagi rendah dari bebudak yg msih student,,hehe

-ya,, mmg pendek. jadi jgn salahkan stuktur geografi

-cintailah sg kita..:)





-geng pencari siput terlatih


-kat belakang 2 batu bersurat zaman T-Rex (ok jgn pecaya:p)


ehh,, kek pun ada?? ehe

-baru lepas penggambaran telefilem "kuncu2 hotak hang" huhu


-nice view (^_^)





~Selesaaaii....
thankz 4 reading dis entry (~_^)

15 December 2011

7 Fakta Tentang Owner Blog Ni...

-takder FB, twitter,Flixster,dan smua jns social networking yg lain(kecuali blog).jakun kan?haha

-pernah mempunyai Fb...slama setahun sahaja sblm "dikomakan" dgn sendirinya

-try to become selfish. sbb slalu sgt utamakan org lain dlm kehidupan...hampeh :p

-tak pandai posing ambik gambar sambil membulatkan mata @ menjuihkan mulut...harus blajar kah?? hehe

-selalu dlm dilema samaada nak tunaikan permintaan warga emas @ kanak2 ribena dulu?

-sgt gemar mencium bau nasi lemak sblm mkn...:p

-ex student Information management, tp tak gemar pada teknologi...:)

i think,, i fall in luv wif books!!! ;p

12 December 2011

➹➷➸➷SUMBANGAN UMAT ISLAM TERDAHULU➹➷➸➷

hari ni mood sebagai ustazah datang mencurah-curah dlm diri...
jadi, hari ni byk la dok baca buku2 pasal agama jea...ececeeee :p
xnak ckp byk, just nak share info berkaitan tokoh2 ilmu yg semakin di lupakan..padahal tanpa mereka, tokoh barat pun tak kan mampu naik mcm skarang...gambar2 dalam artikel ni plak di diilhamkan dari panorama alam di tanah arab,100% dari encik Google..hehe.
okeh,jum kita berkenalan dgn 8 orang tokoh islam yg genius suatu ketika dahulu..



IBN SINA (980-1037 M)

~Dulu masa sekolah, ada la senior yg namanya “Ibnu Sina”...myb mak dia pun kagum dgn tokoh perubatan islam yg sgt genius ni... kalau nak tahu, Ibn Sina adalah orang pertama yang menjelaskan penyakit radang selaput otak atau meningitis. Sumbangan beliau paling besar adalah buku perubatan beliau yang bertajuk al_Qunun. Ia diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Gerard dari Cremona pada abad ke-12 dan menjadi buku teks di sekolah-sekolah perubatan di Eropah dari abad 12 hingga 17. Seorang tokoh perubatan yang terkenal pada abad kedua puluh, Dr. Wiliam Osler, pengarang buku Evolution of Modern Science berkata,“Qanun menjadi buku rujukan utama dalam bidang perubatan lebih lama daripada buku-buku lain.”


ABU AL-QASIM AL-ZAHRAWI (936-1013 M)

~Beliau mencipta banyak alat pembedahan seperti alat pemeriksaan telinga dan saluran kencing. Beliau adalah orang pertama yang mengenal pasti penyakit keturunan yang dikenali sebagai hemophilia. Kitab beliau at-Tasrif diterjemahkan oleh Gherard dari Cremona ke dalam bahasa Latin sebelum diterjemahkan ke dalam bahasa Hebrew, Perancis dan Inggeris. At-Tasrif menjadi bahan rujukan selama lima abad di Universiti Salerno di Itali, Montpellier di Perancis dan beberapa universiti lain di Eropah. Mengikut Dr. Campbell, di dalam History of Arab Medicine, prinsip-prinsip sains perubatan yang diutarakan oleh Zahrawi sebenarnya mengatasi karya Galen di Eropah. Owhh my GoD!!! kagumnya daku..:)


 
ABU ALI HASAN BIN HAITHAM (965-1040 M)

~Beliau membuat kajian berkenaan cahaya termasuk cahaya pada waktu matahari terbit. Beliau adalah orang pertama yang dapat menjelaskan bahagian-bahagian mata dan proses penglihatan. Bukunya Kitab al- Manadhir diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Begitu juga dengan buku-buku beliau yang berkaitan dengan cahaya dan warna pada waktu matahari terbit. Tokoh-tokoh sains barat seperti Roger Bacon, Pole Witelo (Vitellio) dan yang lain banyak merujuk tulisan Haitham ini. Wah, org barat pun rujuk org2 islam...Beliau sgt hebat kan?? :)


YAAQUB IBN ISHAQ~AL-KINDI (800-873 M)

~Beliau adalah orang pertama yang menetapkan kaedah penetapan dos dalam penggunaan ubat-ubat pada zamannya. Beliau adalah penulis yang hebat dan sudah menbulis lebih kurang 250 buah buku dalam pelbagai bidang. Beberapa buah bukunya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Gherard of Cremona. Cardano menganggap al- Kindi sebagai salah seorang daripada 12 orang pemikir agung di dunia pada Zaman pertengahan dulu.waaaaaa...sangat bangga la dgn pencapaian mereka kan (^_^)



ABU ABDULLAH AL- BATTANI (868-929 M )

~haaaaa yg ni plak tokoh dlm bidang sains yg sy suka bangat. Iaitu Astronomi!!! bahasa lainnya “ilmu falak”. Seawal usia 9thn sy dah hafal nama2 planet taw...(ni pun nak bangga kea?? heeiii org lain dah pegi bulan la) haha. Okey fullstop, sambung pasal tokoh ni.
Antara penemuan beliau yang agung adalah menetapkan tahun syamsiah menepati penemuan pada hari ini iaitu 365 hari, 5 jam, 46 minit dan 24 saat. Battani juga menonjol dalam bidang trigonometri dan matematik. Beliau memperincikan kaedah kiraan dengan menggunakan konsep sinus dan tangent.(ni subjek mate yg sy minat:sempat lg tu,huhu)
Buku-buku beliau dalam bidang astronomi diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad ke-12. Copernicus di dalam bukunya De Revolutionibus Orbium Crestium menyatakan, beliau terhutang budi kepada al- Battani.


 
MOHAMMAD IBN ZAKARIYA AR-RAZI (864-930 M)

~Beliau adalah orang pertama yang menemui penyakit campak dan cacar. Beliau juga adalah pengasas bidang perubatan kanak-kanak, ibu mengandung dan sakit mata. Buku al-Hawi adalah ensiklopedia perubatan terbesar pada zamannya dan dikenali sebagai Continens dalam bahasa Latin. George Sarton di dalam History of Science mengatakan, ar- Razi adalah seorang tokoh perubatan islam yang paling terkemuka pada Zaman Pertengahan. Mmg hebat lah mereka...nilah hasil daripada pengkajian Al-Quran.(relevan sepanjang zaman)


JABIR IBN HAIYAN (MENINGGAL 830 M)

~Beliau Berjaya melaksanakan prosedur-prosedur sains seperti penghabluran, penyulingan, kalsinasi, sublimasi dan penyejatan..kita kan slalu buat exsperiment ni kat makmal..siap meletup lg tabung uji..hehe. Buku-buku beliau seperti Kitab al-Kimya dan Kitab al-Sab’een diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Ia menjadi begitu popular di barat selama beberapa abad lamanya. Beberapa kalimat yang Jabir gunakan masih terkenal hingga ke hari ini. Seperti alkali dan lain-lain. Pemikir barat, Max Mayerhaff, pernah berkata, pengembangan ilmu kimia di Eropah tidak dapat dipisahkan daripada Jabir bin Haiyan.bagus!!


 
MOHAMMAD BIN MUSA AL-KHAWARIZMI (MENINGGAL 840 M)

~Khawarizmi amat terkenal dalam bidang ilmu matematik. Beliau adalah pengasas ilmu algebra(subjek ni sy pening2 lalat ms blajar dl..:p). yg paling best, nama algebra diambil bersempena dengan nama buku beliau iaitu al-Jabr wal-Muqabilah. Konsep algoritma yang dinamakan mengikut namanya juga diasaskan oleh Khawarizmi. Mengikut pemikir barat, Philip K. Hitti, Khawarizmi banyak mempengaruhi barat daripada sudut ilmu matematiknya mengatasi penulis-penulis lain.


 okeh,, stakat ni dl utk hari ni...sy mau pergi menternak lemak,,hehe

8 December 2011

TeLuk kamPi

trip ke pulau2 kecil, pesisir pantai dan teluk dah slesai...yes3!!!

sgt best, sgt teruja, sgt asyik..dan mcm2 "sgt" lagi....
expedisi bermula selepas subuh, d mana kami2 smua berkumpul d kuala sungai....

tgk,, pemandangan d kuala sgt tenang kan??

ni antara bot nelayan yg baru blk dr laut

okeh,, sambung citer~ berbekalkan bekalan makanan 3, 4 bakul..dan "transport utama" iaitu bot nelayan(kapasiti 15 ke 20 org),, kami tak melepaskan peluang menghayati anugerah keindahan alam ciptaanNYA.... SubhanallaH :)

lepas naik bot 20 minit,, kami dah terkontang kanting d tgh2 launtan...huwaaaaaaaaa...teruja!!!!
apa yg best,, leh tgk dolpin berenang2 menghampiri bot...siyess ni!!! mrk sgt jinak,, dan nak bkawan dgn kami...OMG!!!


d sebabkan leka dan jakun sgt,, gambar dolpin xdpt d snap pun..sorg pun geng2 expedisi ni xhingat nk snap
dolpin.sobsob:(


setelah kemain sonok tgk dolpin,, kami pun mendarat la d daratan...
 yg plg best,, kat sini xder line!!! si kuning kea(Digi),, si biru ke(celcom) hatta si merah (maxis) skalipun
xder...best3!! baru adventure...jea dak??huhu
kelihatan seorang hamba Allah sedang mencari line talifon...sampai ke sudah xder....haha

pelbagai aktiviti jakun d buat d sini...main lompat2,, gali pasir,, bakar ikan...dan bla3333....mmg seronok,, doable n triple sronok!!! posisi ketika ni adalah pesisir pantai Keranchut.

setelah berfoya-foya (secara berhemah) dan melihat Keagungan Ciptaannya, kami pun meneruskan pelayaran ke Teluk Kampi.....time ni adalah yg xtahan dan mabuk2 laut...alahaiii cian.

yeaaaaaa....sy tak mabuk okeh! nada separa riak..ehe,


di sepanjang jalan laut 2,, mmg hati ni sgt terusik dan angguk2 sambil berkata dlm hati..."betullah...Allah tu Maha Kaya"




try tgk betul2...heeeeeeee

berselisih dgn bot yg membawa pelancong


air sini very2 sejuk...sampai ke tulang belulang


kat sini lah byk udang dan ikan "melepakkan" diri mereka




stelah nk dkat ptg..bru la kami n de geng naik bot balik...meneruskan pelayaran dlm misi kami,,----"nak rasa idup sbgai nelayan laut dalam"


On de way balik,, sempat tgk Sunset!!! wawawawawwaaaaaa....very nice view laaaaaaaaaa
senjakala...siyess cantek!!!

matahari dah say bye2....:(

hope,, one day akan pegi lagi....nak cari dolpin n snap gambar dia manyak-manyak!!! :p

2 December 2011

Akan Merindu~~

huwaaaaaa...next week jadual pax!! extra pax!!!
pasni akan bertambah sukar la utk mengupdate blog n menjalankan kerja2 "blog walking" dlm blog yang baby lagi ni....
kepada insan2 yg menjadi antara org terawal yg follow blog ni,, TQ so much!!! sayang korang..:)

kamu2 akan d rindui....sobsob



ada "benda2" lain lagi yg turut d rindui "seamat-amatnya" (ayat ntah apa2 ni)....:p


apa tu??

niiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....mereka2 yg memerlukan kasih sayangggggggg...huhu


yang ni kuat makan...nanti kne puasa lah. duduk kat rumah diam2 k....:)



kuat mkn jgk,, tp xper...nanti ada tangan2 yg akan bagi makan ya....jgn buat2 x lalu plak...ehe,

dan yg last skali,, benda x bernyawa....:p


tadaaaaaaaaaa...my PC yg banyak berjasa....(utk org2 yg laptop dah kne curik) :(






sehingga bertemu lagi....papaiii :)















1 December 2011

Pulau Pangkor

Sempena dengan cuti sekolah yg panjang ni,, sy nak menyibukkan diri memberi cadangan utk kita semua pegi cuti2 malaysia...ehe,,
dan....antara tempat yg best d Malaysia ni of "court  mamoth" course lah Pulau Pangkor!!!!! ecececeee :p

view dari atas (silap ambil posisi) :p




Melewati panorama indah sepanjang jalan menuju Pangkor Island Beach Resort yang terletak di Teluk Belanga melalui Teluk Nipah dan Teluk Penyun,,dengan iringan pepohon kelapa dan beringin seakan-akan melambai-lambai menyambut kedatangan saya ke pulau yang terkenal di negeri Perak ini...

pantai pasir bogak





Biarpun cuaca agak terik, keinginan untuk bersama-sama merakam keindahan pulau mendorong saya untuk tidak melepaskan peluang menjelajah pulau pelancongan hebat ini.


Dikelilingi hutan simpan tropika seluas 73 ekar yang masih tidak terusik, ia turut menampilkan koleksi hidupan laut dan tumbuhan darat eksotik yang mengagumkan.

kat blakang ni ada cerun bukit dan hutan tebal
 
Hamparan pasir memutih sepanjang 1.2 kilometer dangan perspektif lebih terbuka membentuk landskap muka bumi utama kawasan ni...so nive view!!!!




APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG
PULAU PANGKOR
  • Pulau Pangkor adalah sebahagian daripada gugusan kepulauan negeri Perak di pantai barat semenanjung Malaysia.
  • Keluasanya menjangkau sehingga 8 kilometer persegi dan mempunyai populasi seramai 25 ribu orang.
  • Mengikut sejarah , Pulau Pangkor menjadi tempat persinggahan bagi nelayan tempatan, para pedagang dan lanun yang keluar masuk ke sini. Pada kurun ke-17, penjajah Belanda membina sebuah kubu pertahanan bagi mengawal perniagaan timah.
  • Pulau Pangkor terdiri daripada dua buah bahagian pesisir pantai iaitu Coral By dan Teluk Nipah yang mempunyai pemandangan yang cantik dan pasir memutih.
Wawwawaaaaa.....sy percaya,, skali pegi mmg x cukup...mesti nak pegi lagi..:p

 Happy Holiday:)