19 January 2012

KENALI WATAK DI SEBALIK WARNA FEVRET ANDA....


WAHH!!! SGT STRESS...MINGGU NI NGAM2 7HARI DI LANDA KESIBUKAN. OKEH,,SEBELUM SY MEMBAZIRKAN OKSIGEN D MUKA BUMI NI,,BAIK SY UPDATE BLOG NI CEPAT2.. SELAIN MENYELAMATKAN DIRI DARI PIHAK MUSUH. EHE,,

SEBELUM TU,SAJE NAK BG SOKLAN2 YG ANDA HANYA PERLU JAWAB DALAM HATI JEA SBLM MENERUSKAN PEMBACAAN ENTRY NI.
(HALAMAKS, GUNA CAPSLOCK, NAMPAK SGT TGH WAT KJE SAMBIL BERFOYA2..MUNGKIN NI FAKTOR KJE SIAP LAMBAT...HIHI)

Ermm...Adakah anda mempunyai WARNA kegemaran? Warna apakah yang menjadi kegemaran anda? BIRU? MERAH? HIJAU?KUNING? HITAM? PUTIH?
Sedarkah anda bahawa warna yang menjadi kegemaran itu sebenarnya sedikit sebanyak menggambarkan sikap dan watak anda.

Menurut kajian oleh pakar psikologi mendapati warna mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam perwatakan dan sikap seseorang.



HIJAU
Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. 
Warna ini mempunyai sifat :~ meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya suka dipuji, mudah menasihati orang lain.


MERAH
Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

~Merah Terang (maroon)
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. 
Sifatnya :~ Agresif, Aktif, Garang. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, kejantanan.

~Merah Jambu
Warna ini melambangkan romantik, feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan.


BIRU
Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyutan nadi, dan tarikan nafas.

~Biru Tua
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, kejujuran dan patriotik.
Pengaruhnya :~ Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.


~Biru Muda
Warna ini melambangkan kesungguhan cita-cita dan penuh keazaman. 
Sifatnya :~Bertahan, Pelindung, Tidak Berubah Fikiran.
Pengaruhnya :~ Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.



KUNING
Warna ini melambangkan kegembiraan. 
Warna ini mempunyai sifat :~ Selamba, Santai, Tenang dan tidak terkesan dengan masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.

~Kuning Terang
Warna ini melambangkan sifat yang boleh berubah dengan mendadak. Sifatnya sederhana tetapi unik. 
Sifatnya :~ Bertolak ansur, Berhati-hati, Menonjol.
Pengaruhnya :~ Berubah-ubah sikap, berwawasan, dermawan, tidak mudah percaya pada orang.


 
KELABU
Warna ini tidak menunjukkan makna yang jelas. Tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi. Warna ini sifatnya lebih kepada NEUTRAL.


HITAM
Warna ini melambangkan kesedihan dan keseorangan. Ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.



COKLAT
Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.


 
UNGU
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif..


 Okeh,,silalah match warna pevret anda n sifat anda itu...ni jelah sementara dapat ilham lain. tQ :)

6 comments:

EZAD AMIR said...

Nice sharing

Anonymous said...

love pepel........miss purple

Ainie Apple said...

ezad~ kamu minat warna pink kan??ehe.

Anonymous said...

love unggu....miss purple

Ainie Apple said...

miss purple~thn ni minat warna lain plop laaaa.purple is so borink :p

Anonymous said...

xmau nak love unggu gak :p