10 June 2013

Checklist barang keperluan untuk menunaikan Umrah



Assalamualikum…

Lama nya tak menulis. Tangan mmg duk gatal jea utk menulis, tapi masa terluang yg ada sgt terhad. Kekadang rasa hairan bila ada orang  yang slalu sebut perkataan “bowring”…borink, bosan…boringgggggg…dan yg seangkatan dengannya. Bg saya, takde masa dan tak cukup masa adalah,, terlebih masa mmg tak pernah. 
kerana, Masa tu lagi berharga drp emas. Pnah jugak terasa nak p “Beli” masa kat kedai (ada jual masa tak??? Nak 10jam) huhu

Okeyh, utk tak membuang masa, disini saya nak berkongsi senarai barang keperluan anda yang nak p menunaikan umrah. Terbahagi kepada dua, lelaki n wanita. 


BARANG KEPERLUAN BAGI JEMAAH WANITA, UNTUK DUA MINGGU TEMPOH UMRAH

~Beg Kecil~
  1. Berus gigi dan ubat gigi
  2. Pencuci muka
  3. Tuala kecil
  4. Baju pakai (set pakaian)
  5. Stoking kaki dan sarung tangan
  6. Pantyliner
  7. Telekung
  8. Ubat-ubatan (ubat demam, ubat batuk, ubat cirit)
  9. Beg plastic (utk baju kotor)

~Beg Besar~
  1. Telekung
  2. Baju pakai (set pakaian)
  3. Stoking kaki n sarung tangan
  4. Mini tudung
  5. Tuala mandi
  6. Pakaian tidur
  7. Sikat
  8. Sabun dan shampoo
  9. Hanger baju
  10. Tisu
  11. Lotion
  12. Lip gloss
  13. Pemotong kuku
  14. Pin baju
  15. Selipar
  16. Beg selipar, utk bawa ke dalam masjid
  17. Kunci beg
  18. Charger hand phone dan kamera
  19. Soket universal

BARANG KEPERLUAN BAGI JEMAAH LELAKI, UNTUK DUA MINGGU TEMPOH UMRAH

~Beg Kecil~
  1. Berus dan ubat gigi
  2. Tuala kecil
  3. Pakaian luar dan dalam
  4. Stoking
  5. Ubat-ubatan
  6. Beg plastic utk baju kotor

~Beg Besar~
  1. Pakaian ihram
  2. Tali pinggang ihram
  3. Kopiah
  4. Baju (set pakaian seperti baju, seluar atau jubah yg sesuai utk ke masjid dan utk ziarah)
  5. Baju pagoda
  6. Tuala mandi
  7. Sikat
  8. Pakaian tidur
  9. Sabun mandi dan shampoo
  10. Hanger baju
  11. Gunting kecil dan pemotong kuku( nak pi beli sana pun xpe)
  12. Selipar & beg selipar (sebab nak usung selipar masuk masjid)
  13. Charger
  14. Soket universal


Diharap checklist ni memberi manfaat buat anda. Kepada yang nak p menunaikan umrah tu, saya ucapkan SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH. *SENYUM*

~ buku nota kecil pun elok jgk d bawa bersama.. segala point penting list ja dalam tu..huhu

buku nota yang slalu saya bawa...anda beli la buku nota yang nampak dewasa sikit :)