25 April 2014

Aku dan Kehidupan

Siapa kita utk mengatakan kita tabah dan kuat? sekebal mana pun kita menempuh kehidupan..kita mesti akan lalui detik sukar...

Ya, tahun ni byk ujian yg harus aku hadapi...memula aku sakit, "asben" yg jaga...lama jgk lah, barulah sembuh. Time sakit nilah kita blh tgk asben syg kita ke idokkk :)

ok, tu satu hal..Duduk tak smpai sebulan, baru ja nk setting business, asben plak sakit. siap kne operation lagi. maka, bermulalah detik aku kena berkampung d ospital.huwaaaaaaaaaaa
ehh jap, knp skrg guna kata ganti diri "aku"?? dl kan guna "saya"?? jwpan nya mudah : sekali air bah, sekali pantai berubah..hihi. saja, rasa best plak bercakap dgn dr sendiri guna "aku" feeling rasa lain :p

Hospital.
Ini adalah tempat yg paling aku tak suka dlm hidup..mmg tak suka dan perasaan suka tu sgt sukar nak pupuk,,walaupun sekarang aku bekerja di kelilingi oleh para doktor dan "bakal doktor". Aku boleh closed dgn doktor..tp aku ttp benci hospital. cuma bila sakit,terpaksalah redha kann...

Disebabkan condition asben aku yg agak kritikal, aku terpaksa buat2 suka pada ospital..1hari bertapa d hospital dgn linangan air mata membuatkan aku sedar,tahap kekuatan jati diri aku bertambah!! kagum aku dgn diri sndri.ehe, sebenarnya..kekuatan aku dtg dari zikir2 yg aku baca. so aku rs Allah ada d sisi aku time tu. 2hari berkampung d hospital, aku tak balik...sbb aku pikea klau aku blk, mesti org akan ambik tempat parking keta aku. sgt azab nak dptkan parking..dan aku plak tak pandai parking klau tempat sempit. so aku bertapa dlm ospital tanpa keluar..

mula-mula aku rasa sgt stress,..tp ble ada mesin air serba perisa, ada TV..ada majalah, ada buku, ada jambangan bunga...maka aku terus kata:
"Ok saya boleh hidup kat sini." :)



~ni gambar bunga kerak nasi. cleaner kat office yg bagi. kbetulan bunga ni sgt byk, so drp luruh, dia kutip bunga ni dan cantumkan..sgt wangiiiiii...semerbak baunya. walaupun aku tau bunga ni free, tp aku tau jgk betapa ssh nya dia nak dptkan bunga ni utk aku. so, aku sgt hargai bunga ni :)


Seminggu bermastautin di hospital, barulah asben blh kuar wad.. mmg menguji kesabaran nak jg "baby besar" yg manja ni...semua benda dia nak on time. makanan plak, kena sediakan menu berkhasiat dalam portion yg byk.mana cukup semangkuk oiii..,hehe. Bubur nasi dgn bebola fish ball adalah benda wajib yg aku sediakan slama smggu after operation. Seafood smua aku hold dl, sbb doctor tak bagi lagi dia mkn benda2 yg ada urid asid tinggi. Aku bersyukur, walaupun merantau d tempat org, Allah bg pd aku keluarga angkat yg sgt baik. aku jumpa depa smua ms aku kje office lama, diorg la byk tolong. siap buat trip ke Perak utk cari ikan haruan segar dan besar..so, aku borong la byk2 ikan haruan buat blk. bukan slalu blh pi perak kan. Alhamdulillah, wlaupun asben tak reti makan ikan sungai/bendang, dia suka mkn plak sup ikan haruan yg aku buat. Dan sekali lagi aku kagum dgn diri aku kerana boleh buat org bandar berubah 100% jadi org kampung. eh,,mcm riak plak :p

Asben aku appreciated jgk la pengorbanan aku jaga dia sepanjang dia sakit. so, dia suruh aku cakap nak upah apa? hellow..isteri solehah takkan mintak pape key... (kataku dlm hati jea)kikiki.

pikea punya pikea..aku mintak benda yg thn lepas aku mintak tp still pending. apa tu??
watercolor!!! aku dh byk kali mintak..tp slalu dia dgn kejamnya bgth aku yg melukis takkan bg pape kecuali rumah bersepah dan kotor..aku jd hampa sebab dia takkan paham darah seni dlm diri aku meronta-ronta nak melukis. Dia plak memperkotak-katikkan bakat aku, sambil bgth cite dongeng yg dia pandai melukis jgk (tak mau kalah neh) ble aku suruh dia lukis, maka terhasillah imej "org lidi" yg serba tak sempurna.haha

Tup3...satu hari dia belikan jugak watercolor kat aku. yg plg lucu, siap ada skali color luna. hadeiiii...aku bukan bdk tadika, color luna aku tak mau okey.

Bila dah dapat benda idaman tu..aku mulalah ber-experimentasi dgn warna. sonok lah,,dah nk masuk 10thn kot tak melukis..yuhuuuuu. Tapi..,,,, (T_T)
jujurnya, skill aku dah byk hilang, aku dah tak pandai sgt nak drawing..nak bermain ngan warna pun aku agak kekok..hasil yg pertama tak seindah mimpi :(
tapi..aku takkan putus semangat..si pelukis "org lidi" pun dah puji lukisan aku...yesss!!! (ada harapan nak mintak watercolor mahal plak pasni.Blh lukis d porselin pulak) hamboihhh

hanya org2 seni saja tau makna @ motif lukisan ni..hewhew :p



yg ni tau?? kalau tak faham ni lukisan apa mmg teruk la..sudah terang lg bersuluh tu bunga dalam balang..








buat masa sekarang aku tak fokus 100% lagi, melukis adalah hobi aku jea..nanti dah byk2 koleksi ni, aku nak letak kat mana weii? (tny aku pd diri sendiri) myb lepas ni aku kne cr blk khas utk aku abadikan smua ni..

kalau ada yg cari aku utk beli lukisan ni, myb aku kne pikea "seratus empat belas juta kali" haaaa...sifat penyayang aku dah mai dahhh...tak mau jual, tak mauuuu

macam aku katakan tadi, aku melukis hny utk HOBI. sekarang aku dlm proses nak move on diri aku dr kerja aku skrg..aku tak boleh bekerja & berniaga...aku harus plh salah satu.
aku dah ada pilihan aku..pasni aku nak fokus pada bizz jelahlah. tapi my fmly tak bg aku terburu-buru..diorang nak aku kerja lagi :(

hakikatnya, berbizz sgt best. kita usaha byk,,kita dpt byk...
smoga Allah restui niat aku nak berbizz sepenuhnya pasni...Amenn