15 June 2012

perkhawinan..apa yang perlu anda ready?? (^_^)

Hyep!!!!!
hari tu sy pernah janji nak sembang sesuatu mengenai list yg perlu anda semua tau sblm melangkah ke gerbang perkhawinan kan?? yuhuuuuuuuuuuuu :p

dan hari ni..,, baru sy berkesempatan menunaikannya...sowie ek :)
list yg saya sediakan ni adalah utk memudahkan "adik, kakak, abang, pakcik, makcik...yg nak mendirikan rumah tangga, dgn perancangan yg teliti...ingat...,,nikah kawen bukan macam nk main masak2 tau...very de stress,, kalau tak atur dgn baik...ololo,,tau2 jea....
mcm sy dah kawen plak. :p

okeh, jum tgk checklist kat bawah ni...mungkin ia membantu kalian membuat persediaan secara berkala :)


Cheklist B4 wedding day:)

*12 Bulan Sebelum Majlis :-

- Tetapkan tarikh majlis (akad nikah, sanding, tandang)
- Tetapkan jumlah dulang hantaran
- Senaraikan barangan dulang hantaran
- Pastikan belanjawan dan budget majlis merangkumi semua hidden cost
- Buat senarai tetamu dan lengkapkan alamat mereka
- tentukan lokasi majlis
- tentukan waktu konsep dan tema majlis
- pilih pengapit dan tambahan lain jika perlu
- mencari busana nikah atau sanding ( idea dan rekaan)
- membeli sedikit demi sedikit barangan hantaran
- mengkaji pilihan photographer dan videographer
- memilih tema dan konsep bilik pengantin

*6 Bulan Sebelum Majlis :-

- Hadiri Kursus Pra Perkahwinan
- Memilih busana pengantin
- Memilih rekaan dan pakaian family
- Memilih butik pengantin
- Membeli cincin , gelang atau rantai, etc
- merancang acara tambahan seperti memotong kek, marhaban etc
- mengkaji pelbagai pilihan kad kahwin
- mengkaji cenderamata untuk para tetamu
- mengkaji tempat honeymoon bersama pasangan
- periksa kembali senarai tetamu dan tambahan lain
- menkaji homestay dan penginapan tambahan
- mengkaji semula barangan hantaran dan pengubahsuaian lain
- membeli barangan persiapan bilik pengantin

*4 Bulan Sebelum Majlis :-

- Menempah photographer dan videographer
- Menempah butik dan pelamin pilihan
- Sesi pertama fitting baju pengantin
- menempah dan mendekorasi cenderahati 
- memeriksa temujanji anda dengan pihak kadhi dan
sediakan semua dokuman yang diperlukan, hiv test
- listing senarai lagu mengikut kesesuian majlis dan tempah DJ
- menempah kompang, silat dan sebagainya jika perlu
- memastikan handbouquet yang sesuai
- membuat trial make up jika perlu
- tetapkan rekabentuk kad kahwin dan tempah
- mengumpul gambar- gambar pre-wedding dan menempah
dekorasi yang bersesuaian seperti canvas, etc
  • -merawat diri seperti menghadiri spa

*2 Bulan Sebelum Majlis :-

- Mula mengedar kad jemputan kepada tetamu
- mendekorasi bilik pengantin , rumah dan halaman
- menyiapkan dekorasi hantaran
- final call untuk barangan hantaran terutama batal air sembahyang
- memastikan cenderamata telah dibeli
- memastikan bunga pahar disiapkan
- pilih dan asingkan kasut, aksesori, pakaian dalam, etc diasingkan
- memastikan baju nikah dan sanding siap dan diambil
- senaraikan tugas dan mereka yang terlibat, sediakan rozek
- memastikan hal tambahan seperti candy buffet, cake station siap
- memilih 2-3 orang sedara untuk bahagian meja beradap
- memastikan saudara mara dari pihak laki dan perempuan

*1 Bulan Sebelum Majlis :-

- remind all the vendor samada kecil atau besar peranan mereka
- hiasan dan dekorasi bilik pengantin, rumah dan halaman 90% siap
- mengingatkan saudara mara terdekat tentang majlis
- memeriksa senarai tetamu agar tiada yang tertinggal
- berlatih mengenakan kasut kahwin dan etc yg difikirkan perlu
- memohon cuti kahwin sebelum dan selepas
- meminta izin jiran jike perlu menggunakan kawasan mereka
- mengunjungi spa dan membelai diri

*1 Minggu Sebelum Majlis :-

- menjaga amalan pemakanan, banyakkan makan buah, sayur
- memastikan persiapan majlis lengkap - bilik pengantin, ruang akad
nikah dan jamuan susulan.
- memastikan semua hantaran dikumpul di sudut khas kecuali
barangan berharga. elakkan letak merata-rata
- mengingatkan jurusolek dan vendor lain
- mengingatkan mereka yang terlibat dalam upacara akad nikah
seperti kadhi, saksi dan sebagainya
- mengulangi jemput kepada jiran - jiran terdekat

I Hari Sebelum Majlis :-

- Memastikan khemah, pelamin dan dekorasi siap dipasang
- banyakkan rehat dan tenangkan fikiran
- berdoa dan tidur awal




14 June 2012

KiTa dan kEhidupaN

Walau beribu kali kita MELANGKAH jauh daripada Allah....
Namun, Allah tetap DEKAT & tulus mencintai kita...Kerana Dia tahu...
Sejauh mana pun kita PERGI dariNya, Kita tetap akan kembali ke PANGKUANNYA...








pesanan khidmat masyarakat~ cik librarian :)

8 June 2012

aku dan kamu

“Kita kena ingat, cinta bukan pada ‘couple’. Cinta juga bukan pada ‘I love you’....


adik-adik...bercinta lah kerana Allah..yakinlah utk setiap yg berlaku... DiA mahukan kita pilih jalan terbaik.
yang pasti, dapatkan restu orang kedua orang tua...dan jgn berhenti untuk bertawakal kpd Allah, utk setiap pilihan yg kita buat...:)

Falsafah perkahwinan menurut Islam 

Di dalam al-Quran dijelaskan bahawa tujuan pernikahan adalah untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud: 

"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." (Surah al-Rum, ayat 21) 

Alam ini terasa indah kerana Allah menciptakannya berpasang-pasangan. Ada siang, ada pula malam. Ada tempat yang subur, ada pula yang tandus. Ada gunung-ganang yang tinggi tapi ada juga lembah dan lurah yang dalam. Ada lelaki dan ada pula perempuan....betul kan??  (^_^)



isk..apesal dua tiga menjak ni jiwa rasa lembut?? nak menerima kehadiran seseorang ke??
hati yg keras dah mula kecairan ek???
~malas jawab blh tak?? huhu

tunggulah entry lain...dimana saya akan share dgn anda semua....apa yg perlu anda hadapi, mental...fizikal..dan kewangan,, utk hadapi sesuatu yg dinamakan "pErkHawinaN"

jeng jeng jenggggg :)


Aku tidak berharap untuk menjadi orang yang terpenting dalam hidupmu..
kerana itu merupakan permintaan yang terlalu besar bagiku..
Aku hanya berharap suatu saat nanti jika kau melihatku..
Kau akan tersenyum dan berkata dlm hatimu .. 
"Dialah orang yang selalu menyayangiku.. " (^_^)

sekadar gambar hiasan :)