Pages

24 September 2012

Pusat Konservasi Penyu


Assalamualaikum...

untuk pengetahuan semua, Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang telah merintis langkah konservasi penyu semenjak tahun 1990... Spesis utama penyu yg direkod mendarat ialah penyu Agar (Chelona mydas) dan penyu Lipas (Lepidochelys olivacea).
Jgn ingat terengganu je tempat penyu mendarat..kat penang pun hadooo.hehe. Cuma, terengganu ada penyu belimbing yg besau.. :)
Jum kita p tengok tempat baby penyu tu... (^_*)


Subhanallah :)

Tiga kawasan pantai utama yang menjadi tempat penyu landing telah diurus dan dipulihara supaya terus kekal menjadi habitat semulajadi yang sesuai untuk penyu mendarat dan bertelur. Tiga pantai yg jd “pot” pevret penyu tu adalah Pantai Kerachut ,Pantai Teluk Kampi dan Pantai Teluk Ketapang Kecil yang terletak didalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang.

imej penyibuk :p

bergambar atas jeti... sonok!!!


~penyu ini la yg sambut kedatangan kami...certeka, penyu btol @ tipu ni?? :p
 kawasan pantai lain seperti di Tanjung Bungah, Batu Feringghi dan Teluk Kumbar juga dipantau kerana kawasan ini juga direkodkan sebagai tempat pendaratan penyu Lipas.

baby penyu yg baru menetas... sgt cumel!!!!!
baby penyu yg hayatnya tak panjang, akan di awet dan display dlm frame kaca..
ermmm...for ur information, Pusat Konservasi Penyu dibangunkan di Pantai Kerachut bagi melaksanakan program pengurusan dan konservasi meliputi program penghayatan dan pendidikan penyu, program penyelidikan dan pemantauan, program penetasan, program R&D dan sebagainya.

Ni gambar takde kaitan dengan penyu... iaitu Tulang ikan dolpin yg di awet :)


~Bubbye~

 


No comments: