Pages

12 December 2011

➹➷➸➷SUMBANGAN UMAT ISLAM TERDAHULU➹➷➸➷

hari ni mood sebagai ustazah datang mencurah-curah dlm diri...
jadi, hari ni byk la dok baca buku2 pasal agama jea...ececeeee :p
xnak ckp byk, just nak share info berkaitan tokoh2 ilmu yg semakin di lupakan..padahal tanpa mereka, tokoh barat pun tak kan mampu naik mcm skarang...gambar2 dalam artikel ni plak di diilhamkan dari panorama alam di tanah arab,100% dari encik Google..hehe.
okeh,jum kita berkenalan dgn 8 orang tokoh islam yg genius suatu ketika dahulu..



IBN SINA (980-1037 M)

~Dulu masa sekolah, ada la senior yg namanya “Ibnu Sina”...myb mak dia pun kagum dgn tokoh perubatan islam yg sgt genius ni... kalau nak tahu, Ibn Sina adalah orang pertama yang menjelaskan penyakit radang selaput otak atau meningitis. Sumbangan beliau paling besar adalah buku perubatan beliau yang bertajuk al_Qunun. Ia diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Gerard dari Cremona pada abad ke-12 dan menjadi buku teks di sekolah-sekolah perubatan di Eropah dari abad 12 hingga 17. Seorang tokoh perubatan yang terkenal pada abad kedua puluh, Dr. Wiliam Osler, pengarang buku Evolution of Modern Science berkata,“Qanun menjadi buku rujukan utama dalam bidang perubatan lebih lama daripada buku-buku lain.”


ABU AL-QASIM AL-ZAHRAWI (936-1013 M)

~Beliau mencipta banyak alat pembedahan seperti alat pemeriksaan telinga dan saluran kencing. Beliau adalah orang pertama yang mengenal pasti penyakit keturunan yang dikenali sebagai hemophilia. Kitab beliau at-Tasrif diterjemahkan oleh Gherard dari Cremona ke dalam bahasa Latin sebelum diterjemahkan ke dalam bahasa Hebrew, Perancis dan Inggeris. At-Tasrif menjadi bahan rujukan selama lima abad di Universiti Salerno di Itali, Montpellier di Perancis dan beberapa universiti lain di Eropah. Mengikut Dr. Campbell, di dalam History of Arab Medicine, prinsip-prinsip sains perubatan yang diutarakan oleh Zahrawi sebenarnya mengatasi karya Galen di Eropah. Owhh my GoD!!! kagumnya daku..:)


 
ABU ALI HASAN BIN HAITHAM (965-1040 M)

~Beliau membuat kajian berkenaan cahaya termasuk cahaya pada waktu matahari terbit. Beliau adalah orang pertama yang dapat menjelaskan bahagian-bahagian mata dan proses penglihatan. Bukunya Kitab al- Manadhir diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Begitu juga dengan buku-buku beliau yang berkaitan dengan cahaya dan warna pada waktu matahari terbit. Tokoh-tokoh sains barat seperti Roger Bacon, Pole Witelo (Vitellio) dan yang lain banyak merujuk tulisan Haitham ini. Wah, org barat pun rujuk org2 islam...Beliau sgt hebat kan?? :)


YAAQUB IBN ISHAQ~AL-KINDI (800-873 M)

~Beliau adalah orang pertama yang menetapkan kaedah penetapan dos dalam penggunaan ubat-ubat pada zamannya. Beliau adalah penulis yang hebat dan sudah menbulis lebih kurang 250 buah buku dalam pelbagai bidang. Beberapa buah bukunya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Gherard of Cremona. Cardano menganggap al- Kindi sebagai salah seorang daripada 12 orang pemikir agung di dunia pada Zaman pertengahan dulu.waaaaaa...sangat bangga la dgn pencapaian mereka kan (^_^)



ABU ABDULLAH AL- BATTANI (868-929 M )

~haaaaa yg ni plak tokoh dlm bidang sains yg sy suka bangat. Iaitu Astronomi!!! bahasa lainnya “ilmu falak”. Seawal usia 9thn sy dah hafal nama2 planet taw...(ni pun nak bangga kea?? heeiii org lain dah pegi bulan la) haha. Okey fullstop, sambung pasal tokoh ni.
Antara penemuan beliau yang agung adalah menetapkan tahun syamsiah menepati penemuan pada hari ini iaitu 365 hari, 5 jam, 46 minit dan 24 saat. Battani juga menonjol dalam bidang trigonometri dan matematik. Beliau memperincikan kaedah kiraan dengan menggunakan konsep sinus dan tangent.(ni subjek mate yg sy minat:sempat lg tu,huhu)
Buku-buku beliau dalam bidang astronomi diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad ke-12. Copernicus di dalam bukunya De Revolutionibus Orbium Crestium menyatakan, beliau terhutang budi kepada al- Battani.


 
MOHAMMAD IBN ZAKARIYA AR-RAZI (864-930 M)

~Beliau adalah orang pertama yang menemui penyakit campak dan cacar. Beliau juga adalah pengasas bidang perubatan kanak-kanak, ibu mengandung dan sakit mata. Buku al-Hawi adalah ensiklopedia perubatan terbesar pada zamannya dan dikenali sebagai Continens dalam bahasa Latin. George Sarton di dalam History of Science mengatakan, ar- Razi adalah seorang tokoh perubatan islam yang paling terkemuka pada Zaman Pertengahan. Mmg hebat lah mereka...nilah hasil daripada pengkajian Al-Quran.(relevan sepanjang zaman)


JABIR IBN HAIYAN (MENINGGAL 830 M)

~Beliau Berjaya melaksanakan prosedur-prosedur sains seperti penghabluran, penyulingan, kalsinasi, sublimasi dan penyejatan..kita kan slalu buat exsperiment ni kat makmal..siap meletup lg tabung uji..hehe. Buku-buku beliau seperti Kitab al-Kimya dan Kitab al-Sab’een diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Ia menjadi begitu popular di barat selama beberapa abad lamanya. Beberapa kalimat yang Jabir gunakan masih terkenal hingga ke hari ini. Seperti alkali dan lain-lain. Pemikir barat, Max Mayerhaff, pernah berkata, pengembangan ilmu kimia di Eropah tidak dapat dipisahkan daripada Jabir bin Haiyan.bagus!!


 
MOHAMMAD BIN MUSA AL-KHAWARIZMI (MENINGGAL 840 M)

~Khawarizmi amat terkenal dalam bidang ilmu matematik. Beliau adalah pengasas ilmu algebra(subjek ni sy pening2 lalat ms blajar dl..:p). yg paling best, nama algebra diambil bersempena dengan nama buku beliau iaitu al-Jabr wal-Muqabilah. Konsep algoritma yang dinamakan mengikut namanya juga diasaskan oleh Khawarizmi. Mengikut pemikir barat, Philip K. Hitti, Khawarizmi banyak mempengaruhi barat daripada sudut ilmu matematiknya mengatasi penulis-penulis lain.


 okeh,, stakat ni dl utk hari ni...sy mau pergi menternak lemak,,hehe

5 comments:

pak syeikh said...

good job..:)

Ainie Apple said...

apa job yg bagus 2 encik stokin??:p

pak syeikh said...

job yg awk buat ler..:p sy ada sent lencana blogger muslim tuk awk, check ur email ek..

nieyah said...

berkongsi ilmu.........

Ainie Apple said...

nieyah~ uit,, sila catit dlm buku nota sejarah mum..huhu