Pages

1 December 2011

Descriptive catologuing

~ Descriptive catologuing, atau dlm bahasa malaysia nya "pengkatalogan deskriptif" adalah bertujuan untuk menyatakan maklumat bibliografik bahan maklumat. Maklumat bibliografik terdiri daripada nama pengarang, tajuk, edisi, penerbit, tempat dan tahun terbitan, muka surat serta saiz bahan. Tiga peralatan (tools) yang perlu digunakan bagi menyediakan maklumat deskriptif adalah seperti berikut:

a- ISBD(International Standard Bibliographic Description)

b- AACR2r (Anglo-American CataloguingRules, Second Edition, 1988Revision)

c- Dublin Core(Dublin Metada Core Element Set)

3 tools diatas sgt berguna untuk menyatakan maklumat bibliografik bagi bahan maklumat... jum kita huraikan setiap satu tools tersebut :)

A-  ISBD(International Standard Bibliographic Description)

~ ISBD dihasilkan pada awal tahun 1970-an bertujuan menyelaraskan pertukaran rekod bibliografik di peringkat antarabangsa. Ia memberikan garis panduan mengenai penyediaan deskripsi rekod bibliografik. Menurut ISBD, terdapat lapan kawasan bibliografik (area) yang perlu diterangkan mengenai bahan maklumat. Iaitu: 
  1. Kenyataan mengenai individu, bahan atau entity yang bertanggungjawab dalam menghasilkan bahan itu
  2. Edisi bahan
  3. Kenyataan khusus bahan
  4. Penerbitan bahan
  5. Keterangan fizikal bahan iaitu saiz dan muka surat(bagi buku)
  6. Siri bahan
  7. Nota bahan
  8. Nombor piawaian atau standard bahan seperti ISBN dan ISSN


B- AACR2r (Anglo-American CataloguingRules, Second Edition, 1988Revision)
~ AACR2 digubal pada tahun 1978 dan disemak semula pada tahun 1988. Kemudian, ia dikenali pula sebagai AACR2r.
AACR2r menyediakan peraturan mengenai penghasilan deskripsi bahan maklumat. Ia berperanan menyelaraskan system pengkatalogan deskriptif di peringkat antarabangsa.Peraturan di dalamnya adalah berasaskan prinsip ISBD. AACR2r membincangkan dengan terperinci mengenai pelbagai format bahan maklumat yang dibahagikan mengikut bab seperti berikut:
  1. Bab 2 Buku
  2. Bab 3 Bahan kartografi atau peta
  3. Bab 4 Manuskrip
  4. Bab5 Muzik
  5. Bab6 Rekod bunyi(sound recording)
  6. Bab 7 Wayang gambar(motion pictures)dan rekod video
  7. Bab 8 Bahan grafik
  8. Bab 9 Fail computer
  9. Bab 10 Artifak 3 dimensi
  10. Bab 11 Mikroform
  11. Bab 12 Bahan bersiri


C- Dublin Core(Dublin Metada Core Element Set)
~ Dublin Core atau DC dibangunkan bagi menyediakan spesifikasi ataupun peraturan di peringkat antarabangsa mengenai pembentukan deskripsi bahan maklumat elektronik. DC menyarankan 15 elemen seperti berikut:
  1. Judul atau tajuk
  2. Pencipta atau penulis (Creator/Author)
  3. Subjek (subject)
  4. Deskripsi atau keterangan (description)
  5. Penerbit (publisher)
  6. Penyumbang (contributor)
  7. Tarikh (date)
  8. Jenis sumber (Resource type)
  9. Format
  10. Pengenalan sumber (resource identifier)
  11. Sumber (source)
  12. Bahasa (language)
  13. Hubungan (relation)
  14. Liputan (coverage)
  15. Hakcipta (right management)

1 comment:

pak syeikh said...

http://www.adityawebs.com/blog/blogger/165-disable-copy-paste-option-pada-blogger

link untuk disable copy paste..