Assalamualaikum...
untuk
pengetahuan semua, Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang telah
merintis langkah konservasi penyu semenjak tahun 1990... Spesis utama
penyu yg direkod mendarat ialah penyu Agar (Chelona mydas) dan penyu
Lipas (Lepidochelys olivacea).
Jgn
ingat terengganu je tempat penyu mendarat..kat penang pun
hadooo.hehe. Cuma, terengganu ada penyu belimbing yg besau.. :)
Jum
kita p tengok tempat baby penyu tu... (^_*)
Subhanallah :) |
Tiga
kawasan pantai utama yang menjadi tempat penyu landing telah diurus
dan dipulihara supaya terus kekal menjadi habitat semulajadi yang
sesuai untuk penyu mendarat dan bertelur. Tiga pantai yg jd “pot”
pevret penyu tu adalah Pantai Kerachut ,Pantai Teluk Kampi dan Pantai
Teluk Ketapang Kecil yang terletak didalam kawasan Taman Negara Pulau
Pinang.
imej penyibuk :p |
bergambar atas jeti... sonok!!! |
~penyu
ini la yg sambut kedatangan kami...certeka, penyu btol @ tipu ni?? :p
|
kawasan pantai lain seperti di Tanjung Bungah, Batu Feringghi dan Teluk Kumbar juga dipantau kerana kawasan ini juga direkodkan sebagai tempat pendaratan penyu Lipas.
baby penyu yg baru menetas... sgt cumel!!!!! |
baby penyu yg hayatnya tak panjang, akan di awet dan display dlm frame kaca.. |
ermmm...for ur information, Pusat
Konservasi Penyu dibangunkan di Pantai Kerachut bagi melaksanakan
program pengurusan dan konservasi meliputi program penghayatan dan
pendidikan penyu, program penyelidikan dan pemantauan, program
penetasan, program R&D dan sebagainya.
Ni
gambar takde kaitan dengan penyu... iaitu Tulang ikan dolpin yg di
awet :)
~Bubbye~
|