Pages

2 October 2014

~Kekecewaan yg tak berkesudahan~

Kecoh!!! Isu Minyak NAIK..
semalam, dgn rasminya minyak naik lagi RM0.20, tapi masih ada rakyat yg tak terasa risiko segaung onak duri di hadapan liku perjalanan nanti...

Jahat ke rakyat klau mereka bising? salah ke kalau mereka menentang kezaliman? 
Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Kerajaan Malaysia. Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar. Tapi.. Kita bising sebab janji tak serupa bikin. Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen. 

Memang kita berduit. Memang kita berharta. Namun, jauh di pelusuk sana, ada yang menghitung syiling. Ada yang bekerja teruk terkontang kanting. Mereka tak ada slip gaji. Jauh sekali socso mahupun kwsp. Kerjanya keluar pagi balik dinihari. Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis~" Hanya 20 sen? Itu pun nak bising? Kerja lah lebih kuat lagi? Beribadatlah lebih lagi? Untuk dimurahkan rezeki???"

Ya.. Sembang kalian sembang mereka yang berharta. Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa. Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada. Motor buruk hanya tunggu masa. Kerja lebih kuat dari si Sarjana Muda. Kerja lebih ikhlas dari si PHD mahupun Master. Hanya untuk mulut mereka sekeluarga. Ya.. Mereka tak berharta. Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda. Tapi adakah kita yang berilmu ni hanya untuk menjadi penindas mereka? Kalau itu sistem kehidupan, aku rela jadi bodoh dari kalian. Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan!!!

kepada si Zalim..di Dunia mungkin terlepas,, berseronoklah. tapi di Masyar tidak!!! 


10 July 2014

Moga Allah jaga...sebab Allah sayang..


Hujan yg turun..bagaikan mutiara..
Berkilau bersinar bekerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
dan bayu berpuput lembutttt~
ceceee..bujet suara mcm sudirman sgt..

Sejak puasa ni kan memang selalu sangat lah hujan,
Kalau tak hujan pon, mesti macam mendung-mendung.
Matahari main chak-chak je...
tapi ble hujan petang dlm pukul 7 camtu,
Tengok air hujan pun boleh terbayang air tebu. Terus tutup tingkap rapat-rapat. taknak tengok hujan. "Ciss saiko punya hujan!", berkata hati kecilku.
Memang sedaplah puasa cuaca camni. Sejuk.

Tapi..macamana umat islam palestin di GAZA? (T_T)
hujan sebenarnya turun bersama rahmat dan malaikat-malaikat Allah.
jadi, ambillah kesempatan waktu mendoakan umat islam yg semakin di tindas.

ثِنْتَانِ مَا تُرَدَّانِ الدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِوَ تَحْتَ المَطَرِ
“antara doa yang tidak akan ditolak: doa ketika azan dan
doa ketika ketika turunnya hujan.”
(HR. Al Hakim dan Al Baihaqi. Syaikh Al Albani)


Di bulan mulia ini saya ingin mengajak rakan-rakan menghulurkan sumbangan kepada saudara-saudara kita yg berjihad dan masih bertahan di bumi Gaza. Tidak kira sumbangan sebanyak RM100, RM50, RM10, RM5 atau RM1. Mohon kita bantu apa yang mampu.

Tabung Ki
lat Aman Palestin Bhd. RM 5 juta sasaran. Tujuan utama membeli barangan keperluan perubatan.

Bank Islam:12029010047880

Maybank:562263010787

Bank Muamalat:12070005133717

RHB Islamic Bank:21245760004907

Bank Rakyat:22-080-619592-2

Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam:1202-9010-0598-95

Bank CIMB:8600460353


SELAMAT BERAMAL SAYANG-SAYANG.. :)

 

1 July 2014

Ramadhan 2014

*Kumengharap..kan Ramadhan, kali ini penuh makna...
agar dapat ku tempuhi..dengan sempurnaaaa.....*

Alhamdulillah...Syukur sgt3 dapat jumpa 1st ramadhan..hopefully usia d panjangkan utk menikmati hingga genap sebulan Ramadhan...

syahdu sgt, 1st Ramadhan redup!!!! redup dan mendung sepanjang hari!! sebab sebelum ni dah msuk 2 bulan penang kemarau...niat hati nak tanam sayur depan rumah pun terbantut dek kerana hujan tak turun
(boleh ja tanam, ni kes malas nak siram??) booooo....:p

TQ Allah..dengan kesempatan ini..
hey kengkawan,, jum kita bermaafan..berkasih sayang..dan mensyukuri nikmat Ramadhan ni... (^_*)

Selamat Menyambut Bulan yg Mulia...dan Selamat Beramal ya.. :)





21 June 2014

9 Random Facts About Me



Soalan: Why 9 je? Kenapa bukan 10?? 
Jawapan: Aku kan suka nombor2 ganjil..(padahal mmg dah xde point) haha.

Okeyh..setelah berfikir 3hari 2malam tanpa henti, i managed to list down 9 random facts about myself...benda ni aku release after married..sblm married aku lain..sedangkan pantai boleh berubah,,ewahh,


1.     Suka menyakat suami, membuat onar..dan mcm2 lagi lah bad attitude yg boleh membuatkan darah naik smpai ke ubun2....Setiap hari ada saja “sakatan” yg aku akan create utk membuat my asben marah.. eeewwww jahattt kan

2.     Inherit a bad driving habit from my asben. Well, nak kasi tau sikit..suami aku adalah Syed Schumacher.. tu yang  bawak kereta macam ribut. Memang jaguh jalanan lah.huhuuuu...tp kalau syed Schumacher  ni kne p outstation, pandai plak dia tinggalkan pesanan utk aku, agar tidak membawa kereta cilok sana sini..dan bwk la kereta dgn berhemah..so, aku akan bwk kereta dgn sgt berhemah bila my asben outstation sahaja...ehhhh?? (T_T)

3.     Aku boleh bawak moto, tapi aku tak pandai nak start moto..maksudnya? okey camni, aku boleh meluncur laju ngan moto, klau ada org tolong startkan moto tu utk aku..dan aku bwk cam keta jgk lah, secara merbahaya. Disebabkan aku bersifat macam “mak lampir” dan aku xde lessen moto..this is the reason why my asben tak kasi aku sentuh motor dia.. =P

4.     A bad-tempered person. Sometimes. Jangan kau dekat masa aku tengah mengamok, nahas weiii. Nasib baik aku ada suami yang sangat penyabar dan tenang orangnya...dan dia jugak sgt gagah!!! aku pukul camne pun dia tak rasa pape..uwaaaaaa grrrrrr

5.     I always set a goal/target in my life. Contohnya, by 23 years old, i’m must have a degree.. by 24year old i must have a job.. by 26 or 27years old, i must have a husband..ehh?? hehe. Okey sambung, by 30 years old, i must have a business.. As long as I'm sure that i'm still in an alignment of my desired future, then I manage to stand firm! And i'm grateful to have such a supportive husband & family. Luv u olss.

6.     Love cat, but allergic to “T*H*” dia..u know “shitt” ohh noo!!! Aku pelik sgt, aku suka kucing..sukaaaa sgt...pernah skali ada doctor bg aku “kucing angkat” satu keluarga kucing dia bg, ada mak kucing..dan anak2 nya 3 ekor..aku boleh main2 ngan diorg..belai bulu diorang..bg makan..dan bla bla bla...tapi,, bila dia ukk ukk..aku lari..lari sejauh-jauhnya..dan,,mangsa utk settle kan T*H* diorg tu adalah?? Hmmm...my asben (T_T)sobsob.

7.     Hate sour food and drinks. Aku tak suka benda2 masam and masin. Yang ni aku and asben memang sepakat..klau order lauk campur, jarang la kami adds on dgn tomyam..klau ada pun pnah skali,sbb time tu xtau nak makan apa..Waiter tu plak bgth kat restorant tu menu special diorg tomyam, so aku pun dgn tabah order la..jenuh nak perabih..dan malam tu blh tgk asben aku mkn sikit je nasik (T_T)

8.     Fevret colours? Dulu aku Pernah suka warna coklat and hijau. Suka tahap gaban. Tapi bila dah dewasa ni, dah takde spesifik fevret kaler. Hentam sajalah wane pape pun...Tapi yang pasti, sejak azali sampai hari ni, aku nyampah dengan kaler PINK...tolong la,,aku tak sukaa pink..tolonggggg

9.     Coffee lover.Sehari tak pekena kopi memang hidup tak tentu arah. Mai secawan..ehe,
Kalau pergi rumah mak angkat aku pun..kopi o pekat la yg aku akan terkam dulu..maksu(panggilan utk mak angkat) pun macam tau-tau ja aku pergi rumah dia utk minum kopi(uhh,,maluuuu)



 




25 May 2014

~In The Making~

Alhamdulillah...

Agent kami yang tggl di pedalaman..dan sukar utk excess internet..dun worie okeyh,,,kami buka ruang kepada anda berniaga scr offline.
Gambar koleksi kami yg printed akan di berikan..yeayyyy!!! (^_*)



for any quires, email me: wnwa3003@gmail.com 

in progression...

25 April 2014

Aku dan Kehidupan

Siapa kita utk mengatakan kita tabah dan kuat? sekebal mana pun kita menempuh kehidupan..kita mesti akan lalui detik sukar...

Ya, tahun ni byk ujian yg harus aku hadapi...memula aku sakit, "asben" yg jaga...lama jgk lah, barulah sembuh. Time sakit nilah kita blh tgk asben syg kita ke idokkk :)

ok, tu satu hal..Duduk tak smpai sebulan, baru ja nk setting business, asben plak sakit. siap kne operation lagi. maka, bermulalah detik aku kena berkampung d ospital.huwaaaaaaaaaaa
ehh jap, knp skrg guna kata ganti diri "aku"?? dl kan guna "saya"?? jwpan nya mudah : sekali air bah, sekali pantai berubah..hihi. saja, rasa best plak bercakap dgn dr sendiri guna "aku" feeling rasa lain :p

Hospital.
Ini adalah tempat yg paling aku tak suka dlm hidup..mmg tak suka dan perasaan suka tu sgt sukar nak pupuk,,walaupun sekarang aku bekerja di kelilingi oleh para doktor dan "bakal doktor". Aku boleh closed dgn doktor..tp aku ttp benci hospital. cuma bila sakit,terpaksalah redha kann...

Disebabkan condition asben aku yg agak kritikal, aku terpaksa buat2 suka pada ospital..1hari bertapa d hospital dgn linangan air mata membuatkan aku sedar,tahap kekuatan jati diri aku bertambah!! kagum aku dgn diri sndri.ehe, sebenarnya..kekuatan aku dtg dari zikir2 yg aku baca. so aku rs Allah ada d sisi aku time tu. 2hari berkampung d hospital, aku tak balik...sbb aku pikea klau aku blk, mesti org akan ambik tempat parking keta aku. sgt azab nak dptkan parking..dan aku plak tak pandai parking klau tempat sempit. so aku bertapa dlm ospital tanpa keluar..

mula-mula aku rasa sgt stress,..tp ble ada mesin air serba perisa, ada TV..ada majalah, ada buku, ada jambangan bunga...maka aku terus kata:
"Ok saya boleh hidup kat sini." :)



~ni gambar bunga kerak nasi. cleaner kat office yg bagi. kbetulan bunga ni sgt byk, so drp luruh, dia kutip bunga ni dan cantumkan..sgt wangiiiiii...semerbak baunya. walaupun aku tau bunga ni free, tp aku tau jgk betapa ssh nya dia nak dptkan bunga ni utk aku. so, aku sgt hargai bunga ni :)


Seminggu bermastautin di hospital, barulah asben blh kuar wad.. mmg menguji kesabaran nak jg "baby besar" yg manja ni...semua benda dia nak on time. makanan plak, kena sediakan menu berkhasiat dalam portion yg byk.mana cukup semangkuk oiii..,hehe. Bubur nasi dgn bebola fish ball adalah benda wajib yg aku sediakan slama smggu after operation. Seafood smua aku hold dl, sbb doctor tak bagi lagi dia mkn benda2 yg ada urid asid tinggi. Aku bersyukur, walaupun merantau d tempat org, Allah bg pd aku keluarga angkat yg sgt baik. aku jumpa depa smua ms aku kje office lama, diorg la byk tolong. siap buat trip ke Perak utk cari ikan haruan segar dan besar..so, aku borong la byk2 ikan haruan buat blk. bukan slalu blh pi perak kan. Alhamdulillah, wlaupun asben tak reti makan ikan sungai/bendang, dia suka mkn plak sup ikan haruan yg aku buat. Dan sekali lagi aku kagum dgn diri aku kerana boleh buat org bandar berubah 100% jadi org kampung. eh,,mcm riak plak :p

Asben aku appreciated jgk la pengorbanan aku jaga dia sepanjang dia sakit. so, dia suruh aku cakap nak upah apa? hellow..isteri solehah takkan mintak pape key... (kataku dlm hati jea)kikiki.

pikea punya pikea..aku mintak benda yg thn lepas aku mintak tp still pending. apa tu??
watercolor!!! aku dh byk kali mintak..tp slalu dia dgn kejamnya bgth aku yg melukis takkan bg pape kecuali rumah bersepah dan kotor..aku jd hampa sebab dia takkan paham darah seni dlm diri aku meronta-ronta nak melukis. Dia plak memperkotak-katikkan bakat aku, sambil bgth cite dongeng yg dia pandai melukis jgk (tak mau kalah neh) ble aku suruh dia lukis, maka terhasillah imej "org lidi" yg serba tak sempurna.haha

Tup3...satu hari dia belikan jugak watercolor kat aku. yg plg lucu, siap ada skali color luna. hadeiiii...aku bukan bdk tadika, color luna aku tak mau okey.

Bila dah dapat benda idaman tu..aku mulalah ber-experimentasi dgn warna. sonok lah,,dah nk masuk 10thn kot tak melukis..yuhuuuuu. Tapi..,,,, (T_T)
jujurnya, skill aku dah byk hilang, aku dah tak pandai sgt nak drawing..nak bermain ngan warna pun aku agak kekok..hasil yg pertama tak seindah mimpi :(
tapi..aku takkan putus semangat..si pelukis "org lidi" pun dah puji lukisan aku...yesss!!! (ada harapan nak mintak watercolor mahal plak pasni.Blh lukis d porselin pulak) hamboihhh

hanya org2 seni saja tau makna @ motif lukisan ni..hewhew :p



yg ni tau?? kalau tak faham ni lukisan apa mmg teruk la..sudah terang lg bersuluh tu bunga dalam balang..








buat masa sekarang aku tak fokus 100% lagi, melukis adalah hobi aku jea..nanti dah byk2 koleksi ni, aku nak letak kat mana weii? (tny aku pd diri sendiri) myb lepas ni aku kne cr blk khas utk aku abadikan smua ni..

kalau ada yg cari aku utk beli lukisan ni, myb aku kne pikea "seratus empat belas juta kali" haaaa...sifat penyayang aku dah mai dahhh...tak mau jual, tak mauuuu

macam aku katakan tadi, aku melukis hny utk HOBI. sekarang aku dlm proses nak move on diri aku dr kerja aku skrg..aku tak boleh bekerja & berniaga...aku harus plh salah satu.
aku dah ada pilihan aku..pasni aku nak fokus pada bizz jelahlah. tapi my fmly tak bg aku terburu-buru..diorang nak aku kerja lagi :(

hakikatnya, berbizz sgt best. kita usaha byk,,kita dpt byk...
smoga Allah restui niat aku nak berbizz sepenuhnya pasni...Amenn 

24 February 2014

~Ukhwah dan Kepercayaan~


Aku menyayangi semua sahabatku,
samaada pangkat adik mahupun kakak,
samaada yang berada di hadapanku mahupun yang tidak pernah bersua muka.(alam maya)

Tetapi, sekiranya kepercayaan persahabatan itu direntap pergi, atas perbuatan 'tikam belakang'... Maaf perbuatan itu memang sukar dilupakan. Kemaafan memang boleh diberi, tetapi nak melupakan bukanlah sesuatu perkara yang mudah.

Cuba cantumkan pinggan kaca yang sudah pecah. Masakan sama bentuknya dengan yang asal? Begitu jua dengan kepercayaan. Sukar untuk melupakan bukanlah maksudnya untuk berdendam. Tetapi sebagai langkah berjaga-jaga.

Sekali terkena, sudah cukup memberi pengajaran, dan peringatan supaya apa yang berlaku tidak akan berulang lagi untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya.

Moga Allah jaga.
Moga Allah lindung.
Dan moga Allah pelihara.

28 January 2014

Tips-Tips Mencari Cinta yang takde dalam majalah

wahai teman-teman...
Hidup ini memang banyak pilihan,
namun kamu tidak perlu memilih apa yang terlihat terbaik di matamu.
Pilihlah yang mampu membuat hidupmu bahagia...yg penting,, SYUKUR :)


okeyh..entry kali ni nak share serba sikit tips berguna yg langsung takde hipokritoss..klau kita sedar akhlak kita msih teruk,di tahap jahiliah..silalah berubah menjadi wanita/lelaki soleh/solehah...perkhawinan adalah satu medan pembelajaran ttg "siapa" pasangan kita, dan "bagaimana" utk bahagia..

 so disini sy nak bagitau sikit Tips-Tips Mencari Cinta

1. Jadilah diri sendiri.. Terlalu menjaga penampilan sebelum kahwin?Setiap masa nak berlawa aje semasa keluar dating?Jangan amalkan!!!
Sekali-sekala keluar lah dgn si dia dengan memakai pakaian yang super buruk,lihat reaksinya.Jika dia cancel nak keluar dgn anda sebab malu,toksah kahwin dengan dia.

2. Terlalu manis pertuturan adalah salah satu wabak yang perlu dielakkan sebelum berkahwin.Biasakan diri anda bergaduh.Jika ada benda yang kurang berpuas hati,cuba maki dia betul2.Jika dia boleh tahan dan masih lagi sayang anda,sila berkahwin dengan dia.Tapi bersedialah untuk dimaki balik lepas kahwin.hehe
dalam perkahwinan,kewujudan sifat benci antara satu sama lain adalah natural.Jangan takut untuk bencikan sesuatu mengenai pasangan anda, Sebab takkan wujud kesempurnaan langsung dalam perkahwinan.Gaduh2 mesti ada.Rasa nak lempang mesti ada.

3. Sekali-sekala cuba kentut depan dia.Jika tiba-tiba si dia muntah2 atau beredar pergi meninggalkan anda keseorangan,bayangkan bagaimana kehidupan anda nanti bersama dia.Duduk serumah tapi tiada kebebasan untuk kentut merata-rata adalah satu bentuk penyeksaan mental. seriusly, time nilah nk tau dia terima anda seadanya ataupun tak

4. Benda yang paling penting dalam menentukan sama ada orang itu sesuai dengan anda atau tidak adalah jika dia dapat menerima anda dalam keadaan asal.maksudnya gini, bila anda tak make up atau pakai deodoran.apa reaksinya.Keluar dating adalah waktu yang indah kerana kedua2 pihak cuba berusaha menjadikan dating itu indah.Perempuannya make up,pakai cantik2.Lelakinya pulak siap mandi dan shave,siap pakai perfume.Tapi cuba kita buang semua tu dan hilangkan ilusi keindahan tu.Mampukah anda hidup dengan seseorang yang bau stokingnya jauh lagi indah dari ketiaknya?

Secara teorinya benda itu sangat mudah untuk difahami tapi benda itu adalah yang paling susah untuk diaplikasikan....Gud LUck!!!

:)

25 January 2014

~KUTUB BUMI & POLE SHIFT~



Seusia 6tahun, dalam diam saya mula meminati sains astronomi dan lukisan..dan ketika berusia 8tahun, saya sudah mula menghafal nama2 planet, bintang, dan galaksi. saya sentiasa melakukan our own reading berkenaan dgn planet2 dan sistem suria. itu mmg kegemaran saya yang berterusan sehinggakan sy mengumpul byk artikel berkenaan sains astronomi, dan surah2/hadis berkaitan dgn langit, dan bintang2 yang byk disebutkan dalam Al-Quran. Apabila menginjak dewasa,,segalanya menjadi terhad, saya tak boleh lagi memperuntukkan byk waktu utk melakukan apa yg saya suka.

Saya amat meminati filem Thor.. lakonan Chris Hemsworth sebagai Thor, Natalie Portman sebagai Jane Foster dan Tom Hiddleston sebagai Loki. ia sebuah filem hebat yg 100% adalah khayalan ttg dewa langit, yg jatuh cinta dgn org bumi..dan berusaha keras menyelamatkan Asgard dan bumi.
cuma sy kurang puas hati dgn nama watak jahat dlm filem ini..iaitu "Malekith" haishh,,skali sebut cam "malaikat".huhu.
Okey, itu movie..hakikat nya sekarang??

Perkara yang ingin diberitahu ini adalah perkara yang tidak kita nampak. Masa depan. Masa depan dalam satu jangka waktu yang amat dekat TANPA disedari ramai. dalam rukun Iman, kita mmg harus mempercayai ttg kedatangan "Hari Kiamat" tapi yg pasti,, hari kiamat adalah RAHSIA Allah, Para Rasul sendiri pun tidak tahu bila waktunya..cuma, dlm Al-Quran mmg byk menyatakan ttg tanda-tanda yg akan di alami oleh makhluk2 akhir zaman..

Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.

Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013. Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!!

Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah. Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam. Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir. Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku. Khatulistiwa pula berada di Antartika.

Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi akan flip di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan.

Semasa pergerakan flip peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis. Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat. Bandar-bandar ditepi laut akan ditenggelami air. Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan tenggelam terus. Begitu juga Australia barat.

Apabila berlaku flip pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api di matahari, angin solar, ribut surya dan sun spot. Manakala flip juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi, letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku. Makin hari makin laju. Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam yang kerap berlaku.

Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku? Mengikut anggaran para spekulator, ianya akan berlaku pada tahun 2015 kerana selepas pada itu, pergerakannya dijangka tidak sedrastik kini.

“Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (surah al-A’raf, ayat 187).

BINTANG BEREKOR

Kata Saidina Ali RA mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar), “Kedatangan Al Mahdi akan didahului oleh kemunculan BINTANG yang ekornya menakjubkan, BUKAN seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad. Yang diliputi api, udara, salju dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. SETELAH itu akan datang banyak MALAPETAKA dan KEMATIAN yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik dan ia merupakan kerugian bagi orang-orang yang zalim”.

Comet ISON (C/2012 S1) was discovered by V. Nevski and A. Novichonok on September 21 2012. The name ISON comes from “International Scientific Optical Network” which is the name of the observatory used to make the discovery. Komet ini memang jarang dijumpai. Teramatlah besar. Jarak dengan bumi pada waktu ini adalah Sun dist: 142,492,558 km [43.3 km/s] Earth dist: 64,977,671 km [47.5 km/s].

untuk tahu jarak bumi dengan ISON pada waktu ini dan untuk dapatkan banyak lagi info mengenai komet tersebut, klik link ni :

http://theskylive.com/ison-tracker

Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً “Sampaikanlah dari ku walau hanya satu ayat” (HR Bukhari).