Pages

28 January 2014

Tips-Tips Mencari Cinta yang takde dalam majalah

wahai teman-teman...
Hidup ini memang banyak pilihan,
namun kamu tidak perlu memilih apa yang terlihat terbaik di matamu.
Pilihlah yang mampu membuat hidupmu bahagia...yg penting,, SYUKUR :)


okeyh..entry kali ni nak share serba sikit tips berguna yg langsung takde hipokritoss..klau kita sedar akhlak kita msih teruk,di tahap jahiliah..silalah berubah menjadi wanita/lelaki soleh/solehah...perkhawinan adalah satu medan pembelajaran ttg "siapa" pasangan kita, dan "bagaimana" utk bahagia..

 so disini sy nak bagitau sikit Tips-Tips Mencari Cinta

1. Jadilah diri sendiri.. Terlalu menjaga penampilan sebelum kahwin?Setiap masa nak berlawa aje semasa keluar dating?Jangan amalkan!!!
Sekali-sekala keluar lah dgn si dia dengan memakai pakaian yang super buruk,lihat reaksinya.Jika dia cancel nak keluar dgn anda sebab malu,toksah kahwin dengan dia.

2. Terlalu manis pertuturan adalah salah satu wabak yang perlu dielakkan sebelum berkahwin.Biasakan diri anda bergaduh.Jika ada benda yang kurang berpuas hati,cuba maki dia betul2.Jika dia boleh tahan dan masih lagi sayang anda,sila berkahwin dengan dia.Tapi bersedialah untuk dimaki balik lepas kahwin.hehe
dalam perkahwinan,kewujudan sifat benci antara satu sama lain adalah natural.Jangan takut untuk bencikan sesuatu mengenai pasangan anda, Sebab takkan wujud kesempurnaan langsung dalam perkahwinan.Gaduh2 mesti ada.Rasa nak lempang mesti ada.

3. Sekali-sekala cuba kentut depan dia.Jika tiba-tiba si dia muntah2 atau beredar pergi meninggalkan anda keseorangan,bayangkan bagaimana kehidupan anda nanti bersama dia.Duduk serumah tapi tiada kebebasan untuk kentut merata-rata adalah satu bentuk penyeksaan mental. seriusly, time nilah nk tau dia terima anda seadanya ataupun tak

4. Benda yang paling penting dalam menentukan sama ada orang itu sesuai dengan anda atau tidak adalah jika dia dapat menerima anda dalam keadaan asal.maksudnya gini, bila anda tak make up atau pakai deodoran.apa reaksinya.Keluar dating adalah waktu yang indah kerana kedua2 pihak cuba berusaha menjadikan dating itu indah.Perempuannya make up,pakai cantik2.Lelakinya pulak siap mandi dan shave,siap pakai perfume.Tapi cuba kita buang semua tu dan hilangkan ilusi keindahan tu.Mampukah anda hidup dengan seseorang yang bau stokingnya jauh lagi indah dari ketiaknya?

Secara teorinya benda itu sangat mudah untuk difahami tapi benda itu adalah yang paling susah untuk diaplikasikan....Gud LUck!!!

:)

No comments: