hari tu sy pernah janji nak sembang sesuatu mengenai list yg perlu anda semua tau sblm melangkah ke gerbang perkhawinan kan?? yuhuuuuuuuuuuuu :p
dan hari ni..,, baru sy berkesempatan menunaikannya...sowie ek :)
list yg saya sediakan ni adalah utk memudahkan "adik, kakak, abang, pakcik, makcik...yg nak mendirikan rumah tangga, dgn perancangan yg teliti...ingat...,,nikah kawen bukan macam nk main masak2 tau...very de stress,, kalau tak atur dgn baik...ololo,,tau2 jea....
mcm sy dah kawen plak. :p
okeh, jum tgk checklist kat bawah ni...mungkin ia membantu kalian membuat persediaan secara berkala :)
Cheklist B4 wedding
day:)
*12 Bulan Sebelum
Majlis :-
- Tetapkan tarikh
majlis (akad nikah, sanding, tandang)
- Tetapkan jumlah
dulang hantaran
- Senaraikan
barangan dulang hantaran
- Pastikan
belanjawan dan budget majlis merangkumi semua hidden cost
- Buat senarai
tetamu dan lengkapkan alamat mereka
- tentukan lokasi
majlis
- tentukan waktu
konsep dan tema majlis
- pilih pengapit
dan tambahan lain jika perlu
- mencari busana
nikah atau sanding ( idea dan rekaan)
- membeli sedikit
demi sedikit barangan hantaran
- mengkaji pilihan
photographer dan videographer
- memilih tema dan
konsep bilik pengantin
*6 Bulan Sebelum
Majlis :-
- Hadiri Kursus
Pra Perkahwinan
- Memilih busana pengantin
- Memilih rekaan
dan pakaian family
- Memilih butik
pengantin
- Membeli cincin , gelang
atau rantai, etc
- merancang acara
tambahan seperti memotong kek, marhaban etc
- mengkaji
pelbagai pilihan kad kahwin
- mengkaji cenderamata
untuk para tetamu
- mengkaji tempat
honeymoon bersama pasangan
- periksa kembali
senarai tetamu dan tambahan lain
- menkaji homestay dan
penginapan tambahan
- mengkaji semula barangan
hantaran dan pengubahsuaian lain
- membeli barangan
persiapan bilik pengantin
*4 Bulan Sebelum
Majlis :-
-
Menempah photographer dan videographer
- Menempah butik
dan pelamin pilihan
- Sesi pertama fitting
baju pengantin
- menempah dan mendekorasi
cenderahati
- memeriksa temujanji anda
dengan pihak kadhi dan
sediakan semua dokuman
yang diperlukan, hiv test
- listing senarai lagu
mengikut kesesuian majlis dan tempah DJ
- menempah kompang, silat
dan sebagainya jika perlu
- memastikan handbouquet
yang sesuai
- membuat trial make up
jika perlu
- tetapkan rekabentuk kad
kahwin dan tempah
- mengumpul gambar- gambar
pre-wedding dan menempah
dekorasi yang bersesuaian
seperti canvas, etc
- -merawat diri seperti menghadiri spa
*2 Bulan Sebelum
Majlis :-
- Mula mengedar kad
jemputan kepada tetamu
- mendekorasi bilik
pengantin , rumah dan halaman
- menyiapkan dekorasi
hantaran
- final call untuk
barangan hantaran terutama batal air sembahyang
- memastikan cenderamata
telah dibeli
- memastikan bunga pahar
disiapkan
- pilih dan asingkan
kasut, aksesori, pakaian dalam, etc diasingkan
- memastikan baju nikah
dan sanding siap dan diambil
- senaraikan tugas dan
mereka yang terlibat, sediakan rozek
- memastikan hal tambahan
seperti candy buffet, cake station siap
- memilih 2-3 orang sedara
untuk bahagian meja beradap
- memastikan saudara mara
dari pihak laki dan perempuan
*1 Bulan Sebelum
Majlis :-
- remind all the vendor
samada kecil atau besar peranan mereka
- hiasan dan dekorasi
bilik pengantin, rumah dan halaman 90% siap
- mengingatkan saudara
mara terdekat tentang majlis
- memeriksa senarai tetamu
agar tiada yang tertinggal
- berlatih mengenakan
kasut kahwin dan etc yg difikirkan perlu
- memohon cuti kahwin
sebelum dan selepas
- meminta izin jiran jike
perlu menggunakan kawasan mereka
- mengunjungi spa dan
membelai diri
*1 Minggu Sebelum
Majlis :-
- menjaga amalan
pemakanan, banyakkan makan buah, sayur
- memastikan persiapan
majlis lengkap - bilik pengantin, ruang akad
nikah dan jamuan susulan.
- memastikan semua
hantaran dikumpul di sudut khas kecuali
barangan berharga. elakkan letak merata-rata
- mengingatkan jurusolek
dan vendor lain
- mengingatkan mereka yang
terlibat dalam upacara akad nikah
seperti kadhi, saksi dan
sebagainya
- mengulangi jemput kepada
jiran - jiran terdekat
I Hari Sebelum
Majlis :-
- Memastikan khemah,
pelamin dan dekorasi siap dipasang
- banyakkan rehat dan
tenangkan fikiran
- berdoa dan tidur awal