Pages

28 January 2014

Tips-Tips Mencari Cinta yang takde dalam majalah

wahai teman-teman...
Hidup ini memang banyak pilihan,
namun kamu tidak perlu memilih apa yang terlihat terbaik di matamu.
Pilihlah yang mampu membuat hidupmu bahagia...yg penting,, SYUKUR :)


okeyh..entry kali ni nak share serba sikit tips berguna yg langsung takde hipokritoss..klau kita sedar akhlak kita msih teruk,di tahap jahiliah..silalah berubah menjadi wanita/lelaki soleh/solehah...perkhawinan adalah satu medan pembelajaran ttg "siapa" pasangan kita, dan "bagaimana" utk bahagia..

 so disini sy nak bagitau sikit Tips-Tips Mencari Cinta

1. Jadilah diri sendiri.. Terlalu menjaga penampilan sebelum kahwin?Setiap masa nak berlawa aje semasa keluar dating?Jangan amalkan!!!
Sekali-sekala keluar lah dgn si dia dengan memakai pakaian yang super buruk,lihat reaksinya.Jika dia cancel nak keluar dgn anda sebab malu,toksah kahwin dengan dia.

2. Terlalu manis pertuturan adalah salah satu wabak yang perlu dielakkan sebelum berkahwin.Biasakan diri anda bergaduh.Jika ada benda yang kurang berpuas hati,cuba maki dia betul2.Jika dia boleh tahan dan masih lagi sayang anda,sila berkahwin dengan dia.Tapi bersedialah untuk dimaki balik lepas kahwin.hehe
dalam perkahwinan,kewujudan sifat benci antara satu sama lain adalah natural.Jangan takut untuk bencikan sesuatu mengenai pasangan anda, Sebab takkan wujud kesempurnaan langsung dalam perkahwinan.Gaduh2 mesti ada.Rasa nak lempang mesti ada.

3. Sekali-sekala cuba kentut depan dia.Jika tiba-tiba si dia muntah2 atau beredar pergi meninggalkan anda keseorangan,bayangkan bagaimana kehidupan anda nanti bersama dia.Duduk serumah tapi tiada kebebasan untuk kentut merata-rata adalah satu bentuk penyeksaan mental. seriusly, time nilah nk tau dia terima anda seadanya ataupun tak

4. Benda yang paling penting dalam menentukan sama ada orang itu sesuai dengan anda atau tidak adalah jika dia dapat menerima anda dalam keadaan asal.maksudnya gini, bila anda tak make up atau pakai deodoran.apa reaksinya.Keluar dating adalah waktu yang indah kerana kedua2 pihak cuba berusaha menjadikan dating itu indah.Perempuannya make up,pakai cantik2.Lelakinya pulak siap mandi dan shave,siap pakai perfume.Tapi cuba kita buang semua tu dan hilangkan ilusi keindahan tu.Mampukah anda hidup dengan seseorang yang bau stokingnya jauh lagi indah dari ketiaknya?

Secara teorinya benda itu sangat mudah untuk difahami tapi benda itu adalah yang paling susah untuk diaplikasikan....Gud LUck!!!

:)

25 January 2014

~KUTUB BUMI & POLE SHIFT~



Seusia 6tahun, dalam diam saya mula meminati sains astronomi dan lukisan..dan ketika berusia 8tahun, saya sudah mula menghafal nama2 planet, bintang, dan galaksi. saya sentiasa melakukan our own reading berkenaan dgn planet2 dan sistem suria. itu mmg kegemaran saya yang berterusan sehinggakan sy mengumpul byk artikel berkenaan sains astronomi, dan surah2/hadis berkaitan dgn langit, dan bintang2 yang byk disebutkan dalam Al-Quran. Apabila menginjak dewasa,,segalanya menjadi terhad, saya tak boleh lagi memperuntukkan byk waktu utk melakukan apa yg saya suka.

Saya amat meminati filem Thor.. lakonan Chris Hemsworth sebagai Thor, Natalie Portman sebagai Jane Foster dan Tom Hiddleston sebagai Loki. ia sebuah filem hebat yg 100% adalah khayalan ttg dewa langit, yg jatuh cinta dgn org bumi..dan berusaha keras menyelamatkan Asgard dan bumi.
cuma sy kurang puas hati dgn nama watak jahat dlm filem ini..iaitu "Malekith" haishh,,skali sebut cam "malaikat".huhu.
Okey, itu movie..hakikat nya sekarang??

Perkara yang ingin diberitahu ini adalah perkara yang tidak kita nampak. Masa depan. Masa depan dalam satu jangka waktu yang amat dekat TANPA disedari ramai. dalam rukun Iman, kita mmg harus mempercayai ttg kedatangan "Hari Kiamat" tapi yg pasti,, hari kiamat adalah RAHSIA Allah, Para Rasul sendiri pun tidak tahu bila waktunya..cuma, dlm Al-Quran mmg byk menyatakan ttg tanda-tanda yg akan di alami oleh makhluk2 akhir zaman..

Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.

Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013. Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!!

Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah. Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam. Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir. Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku. Khatulistiwa pula berada di Antartika.

Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi akan flip di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan.

Semasa pergerakan flip peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis. Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat. Bandar-bandar ditepi laut akan ditenggelami air. Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan tenggelam terus. Begitu juga Australia barat.

Apabila berlaku flip pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api di matahari, angin solar, ribut surya dan sun spot. Manakala flip juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi, letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku. Makin hari makin laju. Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam yang kerap berlaku.

Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku? Mengikut anggaran para spekulator, ianya akan berlaku pada tahun 2015 kerana selepas pada itu, pergerakannya dijangka tidak sedrastik kini.

“Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (surah al-A’raf, ayat 187).

BINTANG BEREKOR

Kata Saidina Ali RA mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar), “Kedatangan Al Mahdi akan didahului oleh kemunculan BINTANG yang ekornya menakjubkan, BUKAN seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad. Yang diliputi api, udara, salju dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. SETELAH itu akan datang banyak MALAPETAKA dan KEMATIAN yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik dan ia merupakan kerugian bagi orang-orang yang zalim”.

Comet ISON (C/2012 S1) was discovered by V. Nevski and A. Novichonok on September 21 2012. The name ISON comes from “International Scientific Optical Network” which is the name of the observatory used to make the discovery. Komet ini memang jarang dijumpai. Teramatlah besar. Jarak dengan bumi pada waktu ini adalah Sun dist: 142,492,558 km [43.3 km/s] Earth dist: 64,977,671 km [47.5 km/s].

untuk tahu jarak bumi dengan ISON pada waktu ini dan untuk dapatkan banyak lagi info mengenai komet tersebut, klik link ni :

http://theskylive.com/ison-tracker

Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً “Sampaikanlah dari ku walau hanya satu ayat” (HR Bukhari).