Pages

2 October 2014

~Kekecewaan yg tak berkesudahan~

Kecoh!!! Isu Minyak NAIK..
semalam, dgn rasminya minyak naik lagi RM0.20, tapi masih ada rakyat yg tak terasa risiko segaung onak duri di hadapan liku perjalanan nanti...

Jahat ke rakyat klau mereka bising? salah ke kalau mereka menentang kezaliman? 
Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Kerajaan Malaysia. Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar. Tapi.. Kita bising sebab janji tak serupa bikin. Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen. 

Memang kita berduit. Memang kita berharta. Namun, jauh di pelusuk sana, ada yang menghitung syiling. Ada yang bekerja teruk terkontang kanting. Mereka tak ada slip gaji. Jauh sekali socso mahupun kwsp. Kerjanya keluar pagi balik dinihari. Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis~" Hanya 20 sen? Itu pun nak bising? Kerja lah lebih kuat lagi? Beribadatlah lebih lagi? Untuk dimurahkan rezeki???"

Ya.. Sembang kalian sembang mereka yang berharta. Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa. Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada. Motor buruk hanya tunggu masa. Kerja lebih kuat dari si Sarjana Muda. Kerja lebih ikhlas dari si PHD mahupun Master. Hanya untuk mulut mereka sekeluarga. Ya.. Mereka tak berharta. Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda. Tapi adakah kita yang berilmu ni hanya untuk menjadi penindas mereka? Kalau itu sistem kehidupan, aku rela jadi bodoh dari kalian. Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan!!!

kepada si Zalim..di Dunia mungkin terlepas,, berseronoklah. tapi di Masyar tidak!!!