Pages

18 March 2013

~Febuari yang Penuh Makna~



TQ Allah..

kerana menghadirkan insan-insan yang baik di sisiku..
tahun 2013 memberi banyak makna bahagia..semoga semuanya akan berkekalan dan lebih banyak lagi ruang bahagia akan tercipta..:)
ok,,kat bawah ni entry utk whole bulan febuari..chop3!!!! sekarang kan bulan Mac??? malas jawab.****silent***hehehe

15hb Feb 2013
~ Top management buat simple meeting di D' Feringhi, Pulau Pinang. Menginap di Villa yang tersergam indah atas bukit Teluk Bahang..Alhamdulillah, merasa jgk duduk Villa. walaupun hanya 2hari 1malam..itu pun utk perah otak berfikirrr..huhu. 
ruangan ni dalam level 3 klau tak silap..3pasu tu dipenuhi oleh orkid. i luv orkid :)

time ni mundar mandir pilih bilik mana nk letak barang2...this villa have 8 bedroom!!!

ruang santai paling bawah

16hb Feb 2013
 ~Sabtu pagi, ada simple meeting..dari jam 8.00pg sampai la masuk waktu Zohor. 
teman baikku..slalu kena bawak dia ni..hehe

bilik meeting yg super duper sejukk..tahap dewa sejuk :p

bila tak tahan sejuk n mengantuk,,kami lepak sini..:)

ni ruangan santai..jum pesan kopi O..:p


Malam tu, dah start packing barang utk balik ke sungai petani..sepatutnya must stay for next conservation utk hari ahad...tp TERPAKSA balik, untuk prepare apa yang patut for the next “kenduri Kesyukuran”




17hb Feb 2013
~Beli barang-barang sikit..segala mak nenek doorgift, kotak..dan paperbag. Seronok sangat boleh lepaskan kerinduan pada segala jenis riben, bunga, pembalut, yang cute miut tu... Nah!!!! ni hasilnya..hukhuk :p
ini handmade yea..hehe

about 200pcs yg handmade..lepas tu beli kt kedai sbb tak larat.
yang ni bunga telur cap kedai..:)


18hb Feb until 20hb Feb 2013
~ Pergi kerja seperti biasa...
~Buat simple meeting wif my staff untuk tugasan yang perlu diorang buat sepanjang dua hari saya bercuti.. Diulangi...”Dua Hari” Wut???? Dua Hari???? Ya. Hanya dua hari..tak mau tamak-tamak sgt. Cuti harus di simpan hokey :p
orang rajin masuk opisss :p


21hb Feb 2013
~dah cutisssssss!!!! time nilah segala persiapan nak kena buat. Deal dengan org tu, deal dgn org ni.. talifon si A, talifon si B.. dan semua org yang harus di talifon dan boleh di talifon,,semua sy talifon. mood: kelam kabut jgk la. Walaupun checklist panjang berjela dah di buat :(

22hb Feb 2013
~time to packing... packing....dan packing. Penat “toksah” habaq la..(baca nada utara ye.hehe)
Mmg penat. Tulang belakang rasa macam mengerekot..:(

paperbag..ratus ratusan


dalam paperbag ni ada bunga telur..bahulu,,dan kismis :)

bawah meja+atas meja. hopefully cukup utk semua tetamu :)
 
 
23hb Feb 2013 bersamaan 12 Rabiul Akhir..
~Nerbesss!!!! bukan pasal ape..takut makanan sikit, tetamu ramai..atau tetamu sikit..makanan “ramai”..nanti tak habis byk..macam mana????ok takpa. Boleh tapau/bungkus bawak balik...kan3:)
~Abang Syihab yang di war-warkan hilang tanpa jejak pun hader..TQ pada blog ni sbb mengembalikan abg syihab.hehe
~Alhamdulillah, majlis lancar..umpama trafik lancar di Kuala Lumpur bila musim raya...smooth je. Tetamu mencurah-curah lepas zohor..until magrib. Seronok layan tetamu yang macam2 kerenah. Yang sesat ada..yang kena pegi rescue pun ada..yang kena call banyak kali sampai bateri hset low pun haderr...apepun,,korang mmg terbaik la..sampai jgk!!!!!
~Alhamdulillah..semua OKEY (^______^)

kengkawannn

tukang make-up dan tukang pemakai inai last minute.TQ!!!!

pakar runding inai di jari..hehe

kesayanganku...:p


24hb Feb 2013
~pergi jumpa keluarga angkat semua. Byk ucapan tahniah yang kami dapat.. Hadiah pun byk!! tak tahu la berapa keturunan baru habis bukak hadiah(ok tipu, jgn percaya) :p



25hb Feb 2013
~pergi kerja seperti biasa..semua officemate terkejut. Apaaaaa??? datang kerja dah?? iyeaaaaaa. I'm “workholic” kan. Dua-dua gile kerja. Hasben n wife. Tapi gaji sikit macam tu jgk kan..hehehe
~waktu lunch, terus pecut pergi kedai. Nama kedai: Village Island..fuh, damai je bunyi nama kedai ni kan. Ini adalah kedai bunga...after choose deep pink rose, terus cakap kat amoi tu..”i nak u combine kan roses n coklat ya” kalau boleh, u bagi nampak “wild” sikit la...coz i mau bagi sama orang manyak kuat maaaa...muka manyak garang wooo..hehe(sambil tergelak kecil: pandai gak haku cakap slang amoii)
she's said: ooo..haaa..u manyak bagus lo..mau bagi sama hasben u aaaa...brapa lama u kawen maa??
me: tak cakap banyak, senyum..dan tunjuk inai yg still merah di jari..:)
untie amoi tu kata, gubahan ni di beri nama: Jangan Lupakan Daku..:)

ilham dari sy sendiri..tp untie amoi yg buat.hehe



~next, pergi beli kek. Sebab dah petang, choice dah tak byk. Juz ada kek coklat dan kek pandan. disebabkan pakai baju warna pile green hari tu,,terus ambik kek pandan..match dgn baju.haha
de last pieces of cake..Alhamdulillah,,mujur SEDAP :)


~bila dah dpt semua item yg di hajati..terus pecut pegi rumah mak angkat. Owhhh maksu,, u ar my herow!!! maksu dan paksu sepakat nak buat mee udang dan ayam panggang.
~it's already 6.00pm..bufday boy nak dtg 8.00pm. Sempat kea????????huwaaaaaa
~after isyak, he's arrive. Sampai-sampai, terus sibok je nak chek bonet kereta kita. So,, kantoi la ada bunga n coklat dalam tu..tak dapek nak nolong. Surprise tak jadi.sobsob
~bawak pergi rumah maksu..kononnya maksu panggil nak bsembang sebab lama tak datang kan...
~masuk rumah maksu, hah..terus dapat semeja makanan sodap. Berbaloi-baloi. Kalau celebrate kat kedai, confirm RM200, ke 300 terbang...kan3. 
mee udang..home made :)

ayam panggang versi perak+penang. sedap sgt3
by de way,,TQ maksu. Sbb sudi masak utk mr. boboboyyy. Sayangggggg maksu :)

ucapan bufday utk suami (^__*)
SELAMAT HARI LAHIR  my "Hasben"..
Insan yang penuh dengan kasih sayang..♥
Buatmu suami tercinta,Doa ku tujukan khas buatmu tika bersujud agar kehidupan kita sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah SWT.. semoga hidupmu di berkati Allah, di panjangkan umur, dimurahkan dengan rezeki yang BERKAT dan diberikan kesihatan yang baik untuk sama-sama melakukan ibadah dan menikmati dunia ini..:)
 
Pesanan ikhlas utk adik-adik di luar sana~BERCINTALAH SELEPAS NIKAH (^_^)

24 January 2013

~Mari Berselawat~



Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434H …

Entri ini ditulis pada jam 1.30pg…24hb jan 2013 bersamaan 12rabiul Awal 1434H. tapi disebabkan tenet jem..maka ianya fail utk di publish!! Sabooo sabooo…tenet bukan hidupan bernyawa,,dia xkan paham klau kita bg kata cacian dan makian pun.eheee,,okeh,,bersempena dgn Maulidur Rasul yg dinanti ini,,,mari lah kita sama2 meraikan hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW yg sgt kita sanjungi. Ermmm..mcm mana nk rai?? Jawapannya,,perbanyakkan lah selawat dan salam pd Baginda…kerna, Baginda adalah pemberi syafaat kpd kita di Akhirat nanti.. (^__^)

Sabda Rasulallah : "org yg plg dekat dgnku pd hari kiamat adalah org yg paling byk berselawat kepadaku..."

Sesungguhnya,
Agama adalah utk kehidupan di Akhirat, Harta adalah untuk kehidupan di dunia.
Sabda Rasulullah saw: "Iman itu bukanlah angan-angan, Dan bukan pula ucapan, tetapi sesuatu yg menetap di dlm dada lalu di buktikan dgn perbuatan"...
ayuh!!!! Mari jadi Hamba,
Semoga Allah Redha ♥

*klau abg syihab firdaus baca entry ni…tlg msg ya. Sbb your number hilang tanpa jejak. Ada perkhabaran indah nk inform ni :p
jengg jengg jengggggg

 p/s: sjak bulan 9 lagi tak update blog..(5bulan hokeyh) tiba2 muncul dgn muka tak bersalah,,dan buat entry ucapan Salam Maulidur Rasul..ape kes ni??hehe…

24 September 2012

Pusat Konservasi Penyu


Assalamualaikum...

untuk pengetahuan semua, Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang telah merintis langkah konservasi penyu semenjak tahun 1990... Spesis utama penyu yg direkod mendarat ialah penyu Agar (Chelona mydas) dan penyu Lipas (Lepidochelys olivacea).
Jgn ingat terengganu je tempat penyu mendarat..kat penang pun hadooo.hehe. Cuma, terengganu ada penyu belimbing yg besau.. :)
Jum kita p tengok tempat baby penyu tu... (^_*)


Subhanallah :)

Tiga kawasan pantai utama yang menjadi tempat penyu landing telah diurus dan dipulihara supaya terus kekal menjadi habitat semulajadi yang sesuai untuk penyu mendarat dan bertelur. Tiga pantai yg jd “pot” pevret penyu tu adalah Pantai Kerachut ,Pantai Teluk Kampi dan Pantai Teluk Ketapang Kecil yang terletak didalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang.

imej penyibuk :p

bergambar atas jeti... sonok!!!


~penyu ini la yg sambut kedatangan kami...certeka, penyu btol @ tipu ni?? :p
 kawasan pantai lain seperti di Tanjung Bungah, Batu Feringghi dan Teluk Kumbar juga dipantau kerana kawasan ini juga direkodkan sebagai tempat pendaratan penyu Lipas.

baby penyu yg baru menetas... sgt cumel!!!!!
baby penyu yg hayatnya tak panjang, akan di awet dan display dlm frame kaca..
ermmm...for ur information, Pusat Konservasi Penyu dibangunkan di Pantai Kerachut bagi melaksanakan program pengurusan dan konservasi meliputi program penghayatan dan pendidikan penyu, program penyelidikan dan pemantauan, program penetasan, program R&D dan sebagainya.

Ni gambar takde kaitan dengan penyu... iaitu Tulang ikan dolpin yg di awet :)


~Bubbye~

 


14 September 2012

OohLibrary~

 Library Defination (in general)

- A library is a collection of sources, resources, and services, and the structure in which it is housed; it is organized for use and maintained by a public body, an institution, or a private individual. In the more traditional sense, a library is a collection of books. It can mean the collection itself, the building or room that houses such a collection, or both.



 For me,

~library is "organization within organization"
~very peace place, with a lot of information n knowledge:)

pendek kata, library mmg tempat yg unik n best!!!!! huhuuuu

 

Library of Congress

Did you know????

-The Library of Congress receives 1,500 newspapers daily.???
OMG!!!!!
sy nak baca 1 papers sehari pun liat...ngeh3

Iyaaaaaaaahhh,, nilah rupa dalaman "Library of Congress"


The Mission of the Library of Congress

The Library's mission is to support the Congress in fulfilling its constitutional duties and to further the progress of knowledge and creativity for the benefit of the American people.
Tp skarang,, bukan "American people" pun dpt sama benefit from library of congress ni...
kan smua information hanya di hujung jari skank ni...:)




Librarian

JUm kte berkenalan ngan "Librarian" dan kerja diorang :p
 
first thing first,librarian ni perlu menguasai 3 bidang utk mmenuhi kehendak user...
pertama, dia kne lah jadik user services, dimana dia perlu "memprovidekan" perkhidmatan kpd user...muka kne slalu manis okeyh...xbley masham2...nnti takottt plak orang nk dtg tanya information or nak pinjam buku.terutamanya klau kne stay kat konter pinjaman 2...huhu


 
keduanya, dia kne lah tererr pasal administrative services...camne 2?? kena tulis2 surat ke hapa?? ehh dak lah,, administrative services ni mcm "selected" buku2 or materials yg kte nak bawak ke dalam library kte...kalau library tu as a academic library, perlu lah banyak buku2 pasal subjek yang di ajar kat skolah or institusi 2...kalau spesial library plak(macam library2 kementerian), perlu lah byk buku2 law...education..kenegaraan...majalah kekeluargaan..yea lah, kte kan provide information n knowledge kat warga dewasa yang dah bekerjaya..bla bla bla..:p
pepagi kne kemas shelf...huihhhh,,

buku mana nak pilih utk letak ats shelf ni??? hurmmmmm


Librarian jgk perlu manage library biar semua aktiviti kat stu smooth n steady jea..pastu kne sentiasa update deco kat library...nilah yang d namakan "library planning"


 
Main areas yang seterusnya adalah..technical services,,
haaaahahh!! yang ni susah kit..iaitu "cataloguing" @ pengkatalogan...
apa ni?? apa ni?? katalog avon kea..Leno keaa taw lah jgk!!! hahha... meh nak habaQ keyh...
hmmm.. pengkatalogan adalah proses nak letak "call number" kat buku2 di library...ia bagi memenuhi susunan and kepantasan kte nak locate,, nak carik buku tu..
yealah kan,, buku byk.. time kte nak buku pasal law,, xkan satu library dgn 10 ribu buah buku 2 kte nak terjah..so,, nilah keperluan nape kte bagi num phopne (call number) kat buku2 tu...senang kit nak miz call diorang!! ahaa:)

~power kacamata kene tggi okehh:p
 
nak buat cataloguing ni "agak susah" la jgk...kne ada ilmu "tok batin" yg tinggi n a lot of practice..baru lah cekap..:)
klau x,, leh juling bijik mata..hohoo
Nak buat call number, kne ada tools n method..sgt susah okeh :p

 sekian dulu utk sesi "berkenalan" kte hari ni...:p
~Love ur Library okeyy~

12 September 2012

Fasa Baru yg Memenatkan~


Jarang sgt dah boleh update blog. Mcm mana nk update klau diri ini merasakan 24hours tak lg cukup...zaman berfoya-foya dan rileks sudah berlalu :(
setting hidup dah lari. Kehidupan mcm sgt huru-hara. Tido dah tak cukup dan tak lebih dari 7jam dah...wuwuwuuuu :(

ya, SIBUK. Tp sempat berpesan pd diri....wlaupun sesibuk mana dgn urusan duniawi...tp sgala urusan akhirat harus juga di tatang. (ayat terlebih sastera)

Jum tgk list sibuk:
  • sibuk keje
  • sibuk buat wedding preparations
  • sibuk kemas rumah
  • sibuk dgn oder dari customers (ini rezki. Alhamdulillah)
  • sibuk nak handle adik yg still di kolej
  • sibuk memcuba resipi2 baru...(azam thn baru 2012 yg sedaya upaya dilaksana) – janji ditepati :p

Kita harus tabah dan bersedia...cekal hadapi kemungkinan yg tibaaa...oooo...
ok. stop nyanyi. Sbb lupa lirik :p


* suka lahteww... :p

14 August 2012

~Salam LeBaran~ 1433 Hijrah

Sebenarnya hari ini mahu update benda lain....Tiba-tiba teringat, EH mana entry Hari Lebaran saya? Jadi kita kasi laluan kepada entry setahun sekali ni dulu HOOKEY.

Saya ucapkan Selamat Hari RAYA Kepada seluruh ahli keluarga saya, ahli keluarga kamu, ahli keluarga dia..dan seluruh ahli keluarga orang lain...serta, Mereka2 yg mengenali saya secara alam maya @ secara peribadi...:p
Salam Lebaran juga di tujukan kepada semua rakyat Malaysia yg beragama Islam + BERPUASA...Yang  Tak posa itu tak payah diucapkan Selamat Hari Raya. Tak payah. Boleh blah...haha

Entry ni sgt awal kan? masih ada lagi 4hari kita nak beraya...ermmm, takpelah...sy kena post awal2...baru bersemangat nak posa, sbb raya dah dekat... I LOVE u Ramadhan.. i loVe u So Much!!! :p

OK sudahlah. Tulis panjang-panjang bukan ada orang nak baca.  HAHAHA T_____T




Jangan salah faham... tu adalah tulisan tangan saya menggunakan mouse... bukan tulisan org OKU :p

Maaf Zahir Batin :)

11 August 2012

~Biskut Buah~

rasanya, nilah 1st time entry yg berbunyi unsur makanan..:p
bukankah "belajar memasak itu termasuk dlm list "Azam thn baru 2012" ??
TENGOK NI adakah azam thn baru tersebut baru nak di laksanakan? kantoiiii~ segala kemungkinan boleh berlaku~ (^_*)

ok, jgn bazirkan oksigen dimuka bumi ni...jum tgk kepakaran diri ini "membikin" biskut buah...
ramuan yg di perlukan adalah bahan2 asas saja...
~tepung gandum, gula, butter n bawking soda (serbuk penaik) serta sgala mcm buah2 kering yg lazat..berkhasiat dan bestt!!!


cara yg perlu dilaksanakan pun sgt lah senang...cuma campur semua bahan tu..pastu uli...
uli smpai lah jd mcm doh roti..tahu dah?penat mmg penat....tangan juga harus kuat dan kental untuk mendapat hasil yg baik...

after dats, jadikan tepung tu bulat @ himesfera pun takpe. lepas jadi bulat...
capai garfu dan "chop" kan sekuat hati atas doh yang dibuat bulat tu....(macam cincang bawang tu) bezanya, buat guna garfu bukan pisau :)

rupa paras selepas di chorp guna garfu

seterusnya, taburlah buah-buahan kering atas tu...sy guna buah kering seperti buah zaiton...kismis...badam...gajus dan cerry merah + hijau.
 
pastu acara membakar dan waiting mewaiting pun bermula...untuk mengelakkan kejemuan, boleh la pi tgk TV sementara tunggu proses pembakaran biskut tu...


~Tadaaaaaaaaa.....nilah hasilnya. lupa nk pesan, "bawking powder" jgn letak byk klau taknak tengok hasil biskut ni sebesar penumbuk giant...hihi

~ Lastly, boleh la sejukkan biskut tu dan susun secara berjemaah dalam bekas yg kedap udara... :)

Comelkan?? :p


~ silalah try buat.... dan berilah mak mertua anda rasa...
mesti anda akan menjadi Menantu Kesayangan!!!!  (^_^)

25 July 2012

Assalamualaikum.....

Ramadhan dah datang...ramadhan dah datang....ramadhan dah datang...(bunyi efek bergema :p)

syukur sgt. sempat lg merasai keindahan dan rahmat Ramadhan utk kali ni...hari ni, 5 Ramadhan ya adik-adik..puasa x?? sy puasa hokey...huhu

Bulan ni..bulan cinta...
~cinta Pencipta terhadap hambaNYA~
jom sama-sama kita hayati dan ambil peluang yg ada, untuk mendekatkan diri pada Pencipta yang agung...Allah SWT.

* Ehh,, apa yg hebatnya Ramadhan??
~ Lor..tak kan xth kot...kan byk tawaran hebat,,promosi terbaik dan harga runtuh yg sgttt murah/senang untuk kumpul pahala??
* hihi..ingatkan hujung thn je ada jualan runtoh!!! :p


so...tunggu apa lagi?? perbanyakkan lah zikir..doa...bersedekah...baca Quran bla bla bla bla...ya :)

Salam Ramadhan (^_^)