Pages

Showing posts with label Info Library. Show all posts
Showing posts with label Info Library. Show all posts

14 September 2012

OohLibrary~

 Library Defination (in general)

- A library is a collection of sources, resources, and services, and the structure in which it is housed; it is organized for use and maintained by a public body, an institution, or a private individual. In the more traditional sense, a library is a collection of books. It can mean the collection itself, the building or room that houses such a collection, or both.



 For me,

~library is "organization within organization"
~very peace place, with a lot of information n knowledge:)

pendek kata, library mmg tempat yg unik n best!!!!! huhuuuu

 

Library of Congress

Did you know????

-The Library of Congress receives 1,500 newspapers daily.???
OMG!!!!!
sy nak baca 1 papers sehari pun liat...ngeh3

Iyaaaaaaaahhh,, nilah rupa dalaman "Library of Congress"


The Mission of the Library of Congress

The Library's mission is to support the Congress in fulfilling its constitutional duties and to further the progress of knowledge and creativity for the benefit of the American people.
Tp skarang,, bukan "American people" pun dpt sama benefit from library of congress ni...
kan smua information hanya di hujung jari skank ni...:)




Librarian

JUm kte berkenalan ngan "Librarian" dan kerja diorang :p
 
first thing first,librarian ni perlu menguasai 3 bidang utk mmenuhi kehendak user...
pertama, dia kne lah jadik user services, dimana dia perlu "memprovidekan" perkhidmatan kpd user...muka kne slalu manis okeyh...xbley masham2...nnti takottt plak orang nk dtg tanya information or nak pinjam buku.terutamanya klau kne stay kat konter pinjaman 2...huhu


 
keduanya, dia kne lah tererr pasal administrative services...camne 2?? kena tulis2 surat ke hapa?? ehh dak lah,, administrative services ni mcm "selected" buku2 or materials yg kte nak bawak ke dalam library kte...kalau library tu as a academic library, perlu lah banyak buku2 pasal subjek yang di ajar kat skolah or institusi 2...kalau spesial library plak(macam library2 kementerian), perlu lah byk buku2 law...education..kenegaraan...majalah kekeluargaan..yea lah, kte kan provide information n knowledge kat warga dewasa yang dah bekerjaya..bla bla bla..:p
pepagi kne kemas shelf...huihhhh,,

buku mana nak pilih utk letak ats shelf ni??? hurmmmmm


Librarian jgk perlu manage library biar semua aktiviti kat stu smooth n steady jea..pastu kne sentiasa update deco kat library...nilah yang d namakan "library planning"


 
Main areas yang seterusnya adalah..technical services,,
haaaahahh!! yang ni susah kit..iaitu "cataloguing" @ pengkatalogan...
apa ni?? apa ni?? katalog avon kea..Leno keaa taw lah jgk!!! hahha... meh nak habaQ keyh...
hmmm.. pengkatalogan adalah proses nak letak "call number" kat buku2 di library...ia bagi memenuhi susunan and kepantasan kte nak locate,, nak carik buku tu..
yealah kan,, buku byk.. time kte nak buku pasal law,, xkan satu library dgn 10 ribu buah buku 2 kte nak terjah..so,, nilah keperluan nape kte bagi num phopne (call number) kat buku2 tu...senang kit nak miz call diorang!! ahaa:)

~power kacamata kene tggi okehh:p
 
nak buat cataloguing ni "agak susah" la jgk...kne ada ilmu "tok batin" yg tinggi n a lot of practice..baru lah cekap..:)
klau x,, leh juling bijik mata..hohoo
Nak buat call number, kne ada tools n method..sgt susah okeh :p

 sekian dulu utk sesi "berkenalan" kte hari ni...:p
~Love ur Library okeyy~

12 December 2011

➹➷➸➷SUMBANGAN UMAT ISLAM TERDAHULU➹➷➸➷

hari ni mood sebagai ustazah datang mencurah-curah dlm diri...
jadi, hari ni byk la dok baca buku2 pasal agama jea...ececeeee :p
xnak ckp byk, just nak share info berkaitan tokoh2 ilmu yg semakin di lupakan..padahal tanpa mereka, tokoh barat pun tak kan mampu naik mcm skarang...gambar2 dalam artikel ni plak di diilhamkan dari panorama alam di tanah arab,100% dari encik Google..hehe.
okeh,jum kita berkenalan dgn 8 orang tokoh islam yg genius suatu ketika dahulu..



IBN SINA (980-1037 M)

~Dulu masa sekolah, ada la senior yg namanya “Ibnu Sina”...myb mak dia pun kagum dgn tokoh perubatan islam yg sgt genius ni... kalau nak tahu, Ibn Sina adalah orang pertama yang menjelaskan penyakit radang selaput otak atau meningitis. Sumbangan beliau paling besar adalah buku perubatan beliau yang bertajuk al_Qunun. Ia diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Gerard dari Cremona pada abad ke-12 dan menjadi buku teks di sekolah-sekolah perubatan di Eropah dari abad 12 hingga 17. Seorang tokoh perubatan yang terkenal pada abad kedua puluh, Dr. Wiliam Osler, pengarang buku Evolution of Modern Science berkata,“Qanun menjadi buku rujukan utama dalam bidang perubatan lebih lama daripada buku-buku lain.”


ABU AL-QASIM AL-ZAHRAWI (936-1013 M)

~Beliau mencipta banyak alat pembedahan seperti alat pemeriksaan telinga dan saluran kencing. Beliau adalah orang pertama yang mengenal pasti penyakit keturunan yang dikenali sebagai hemophilia. Kitab beliau at-Tasrif diterjemahkan oleh Gherard dari Cremona ke dalam bahasa Latin sebelum diterjemahkan ke dalam bahasa Hebrew, Perancis dan Inggeris. At-Tasrif menjadi bahan rujukan selama lima abad di Universiti Salerno di Itali, Montpellier di Perancis dan beberapa universiti lain di Eropah. Mengikut Dr. Campbell, di dalam History of Arab Medicine, prinsip-prinsip sains perubatan yang diutarakan oleh Zahrawi sebenarnya mengatasi karya Galen di Eropah. Owhh my GoD!!! kagumnya daku..:)


 
ABU ALI HASAN BIN HAITHAM (965-1040 M)

~Beliau membuat kajian berkenaan cahaya termasuk cahaya pada waktu matahari terbit. Beliau adalah orang pertama yang dapat menjelaskan bahagian-bahagian mata dan proses penglihatan. Bukunya Kitab al- Manadhir diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Begitu juga dengan buku-buku beliau yang berkaitan dengan cahaya dan warna pada waktu matahari terbit. Tokoh-tokoh sains barat seperti Roger Bacon, Pole Witelo (Vitellio) dan yang lain banyak merujuk tulisan Haitham ini. Wah, org barat pun rujuk org2 islam...Beliau sgt hebat kan?? :)


YAAQUB IBN ISHAQ~AL-KINDI (800-873 M)

~Beliau adalah orang pertama yang menetapkan kaedah penetapan dos dalam penggunaan ubat-ubat pada zamannya. Beliau adalah penulis yang hebat dan sudah menbulis lebih kurang 250 buah buku dalam pelbagai bidang. Beberapa buah bukunya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Gherard of Cremona. Cardano menganggap al- Kindi sebagai salah seorang daripada 12 orang pemikir agung di dunia pada Zaman pertengahan dulu.waaaaaa...sangat bangga la dgn pencapaian mereka kan (^_^)



ABU ABDULLAH AL- BATTANI (868-929 M )

~haaaaa yg ni plak tokoh dlm bidang sains yg sy suka bangat. Iaitu Astronomi!!! bahasa lainnya “ilmu falak”. Seawal usia 9thn sy dah hafal nama2 planet taw...(ni pun nak bangga kea?? heeiii org lain dah pegi bulan la) haha. Okey fullstop, sambung pasal tokoh ni.
Antara penemuan beliau yang agung adalah menetapkan tahun syamsiah menepati penemuan pada hari ini iaitu 365 hari, 5 jam, 46 minit dan 24 saat. Battani juga menonjol dalam bidang trigonometri dan matematik. Beliau memperincikan kaedah kiraan dengan menggunakan konsep sinus dan tangent.(ni subjek mate yg sy minat:sempat lg tu,huhu)
Buku-buku beliau dalam bidang astronomi diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad ke-12. Copernicus di dalam bukunya De Revolutionibus Orbium Crestium menyatakan, beliau terhutang budi kepada al- Battani.


 
MOHAMMAD IBN ZAKARIYA AR-RAZI (864-930 M)

~Beliau adalah orang pertama yang menemui penyakit campak dan cacar. Beliau juga adalah pengasas bidang perubatan kanak-kanak, ibu mengandung dan sakit mata. Buku al-Hawi adalah ensiklopedia perubatan terbesar pada zamannya dan dikenali sebagai Continens dalam bahasa Latin. George Sarton di dalam History of Science mengatakan, ar- Razi adalah seorang tokoh perubatan islam yang paling terkemuka pada Zaman Pertengahan. Mmg hebat lah mereka...nilah hasil daripada pengkajian Al-Quran.(relevan sepanjang zaman)


JABIR IBN HAIYAN (MENINGGAL 830 M)

~Beliau Berjaya melaksanakan prosedur-prosedur sains seperti penghabluran, penyulingan, kalsinasi, sublimasi dan penyejatan..kita kan slalu buat exsperiment ni kat makmal..siap meletup lg tabung uji..hehe. Buku-buku beliau seperti Kitab al-Kimya dan Kitab al-Sab’een diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Ia menjadi begitu popular di barat selama beberapa abad lamanya. Beberapa kalimat yang Jabir gunakan masih terkenal hingga ke hari ini. Seperti alkali dan lain-lain. Pemikir barat, Max Mayerhaff, pernah berkata, pengembangan ilmu kimia di Eropah tidak dapat dipisahkan daripada Jabir bin Haiyan.bagus!!


 
MOHAMMAD BIN MUSA AL-KHAWARIZMI (MENINGGAL 840 M)

~Khawarizmi amat terkenal dalam bidang ilmu matematik. Beliau adalah pengasas ilmu algebra(subjek ni sy pening2 lalat ms blajar dl..:p). yg paling best, nama algebra diambil bersempena dengan nama buku beliau iaitu al-Jabr wal-Muqabilah. Konsep algoritma yang dinamakan mengikut namanya juga diasaskan oleh Khawarizmi. Mengikut pemikir barat, Philip K. Hitti, Khawarizmi banyak mempengaruhi barat daripada sudut ilmu matematiknya mengatasi penulis-penulis lain.


 okeh,, stakat ni dl utk hari ni...sy mau pergi menternak lemak,,hehe

1 December 2011

Descriptive catologuing

~ Descriptive catologuing, atau dlm bahasa malaysia nya "pengkatalogan deskriptif" adalah bertujuan untuk menyatakan maklumat bibliografik bahan maklumat. Maklumat bibliografik terdiri daripada nama pengarang, tajuk, edisi, penerbit, tempat dan tahun terbitan, muka surat serta saiz bahan. Tiga peralatan (tools) yang perlu digunakan bagi menyediakan maklumat deskriptif adalah seperti berikut:

a- ISBD(International Standard Bibliographic Description)

b- AACR2r (Anglo-American CataloguingRules, Second Edition, 1988Revision)

c- Dublin Core(Dublin Metada Core Element Set)

3 tools diatas sgt berguna untuk menyatakan maklumat bibliografik bagi bahan maklumat... jum kita huraikan setiap satu tools tersebut :)

A-  ISBD(International Standard Bibliographic Description)

~ ISBD dihasilkan pada awal tahun 1970-an bertujuan menyelaraskan pertukaran rekod bibliografik di peringkat antarabangsa. Ia memberikan garis panduan mengenai penyediaan deskripsi rekod bibliografik. Menurut ISBD, terdapat lapan kawasan bibliografik (area) yang perlu diterangkan mengenai bahan maklumat. Iaitu: 
  1. Kenyataan mengenai individu, bahan atau entity yang bertanggungjawab dalam menghasilkan bahan itu
  2. Edisi bahan
  3. Kenyataan khusus bahan
  4. Penerbitan bahan
  5. Keterangan fizikal bahan iaitu saiz dan muka surat(bagi buku)
  6. Siri bahan
  7. Nota bahan
  8. Nombor piawaian atau standard bahan seperti ISBN dan ISSN


B- AACR2r (Anglo-American CataloguingRules, Second Edition, 1988Revision)
~ AACR2 digubal pada tahun 1978 dan disemak semula pada tahun 1988. Kemudian, ia dikenali pula sebagai AACR2r.
AACR2r menyediakan peraturan mengenai penghasilan deskripsi bahan maklumat. Ia berperanan menyelaraskan system pengkatalogan deskriptif di peringkat antarabangsa.Peraturan di dalamnya adalah berasaskan prinsip ISBD. AACR2r membincangkan dengan terperinci mengenai pelbagai format bahan maklumat yang dibahagikan mengikut bab seperti berikut:
  1. Bab 2 Buku
  2. Bab 3 Bahan kartografi atau peta
  3. Bab 4 Manuskrip
  4. Bab5 Muzik
  5. Bab6 Rekod bunyi(sound recording)
  6. Bab 7 Wayang gambar(motion pictures)dan rekod video
  7. Bab 8 Bahan grafik
  8. Bab 9 Fail computer
  9. Bab 10 Artifak 3 dimensi
  10. Bab 11 Mikroform
  11. Bab 12 Bahan bersiri


C- Dublin Core(Dublin Metada Core Element Set)
~ Dublin Core atau DC dibangunkan bagi menyediakan spesifikasi ataupun peraturan di peringkat antarabangsa mengenai pembentukan deskripsi bahan maklumat elektronik. DC menyarankan 15 elemen seperti berikut:
  1. Judul atau tajuk
  2. Pencipta atau penulis (Creator/Author)
  3. Subjek (subject)
  4. Deskripsi atau keterangan (description)
  5. Penerbit (publisher)
  6. Penyumbang (contributor)
  7. Tarikh (date)
  8. Jenis sumber (Resource type)
  9. Format
  10. Pengenalan sumber (resource identifier)
  11. Sumber (source)
  12. Bahasa (language)
  13. Hubungan (relation)
  14. Liputan (coverage)
  15. Hakcipta (right management)

24 November 2011

Bibliographic Control

Apa itu "Bibliographic Control"???

“The term bibliographic control refers to the operations by which recorded information is organized or arranged according to established standards and thereby made readily retrievable.” (Chan, 1994, p. 3). 

dalam bahasa mudah,,ia adalah satu proses kawalan bibliografik dengan cara pengkatalogan dan pengelasan bahan maklumat.
hari ni, kte dapat lihat bahan bibliografik bukan saja terhad kepada buku,,tapi turut melibatkan majalah, jurnal, peta, atlas dan bahan-bahan maklumat lain seperti CD-ROM dan pangkalan data.

jadi, kawalan bibliografik merangkumi proses menghurai dan memperincikan bahan-bahan bibliografi.

Buku

CD-ROM










Fungsi Bibliographic Control

i-Mengenal pasti kewujudan setiap bahan yg terdapat dlm koleksi

ii-menyenaraikan bahan mengikut piawaian dan spesifikasi yg ditetapkan

iii-menyediakan punca capaian(access point)bagi setiap bahan seperti nama pengarang, judul dan tajuk perkara ataupun subjek

iv-menyediakan kaedah bagi mencapai bahan2 dalam koleksi