Kecoh!!! Isu Minyak NAIK..
semalam, dgn rasminya minyak naik lagi RM0.20, tapi masih ada rakyat yg tak terasa risiko segaung onak duri di hadapan liku perjalanan nanti...
Jahat ke rakyat klau mereka bising? salah ke kalau mereka menentang kezaliman?
Kita
bising minyak naik bukan kerana kita benci Kerajaan Malaysia. Kita
bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar. Tapi.. Kita bising
sebab janji tak serupa bikin. Kita bising sebab kesiankan rakyat
marhaen.
Memang kita berduit. Memang kita berharta.
Namun, jauh di pelusuk sana, ada yang menghitung syiling. Ada yang
bekerja teruk terkontang kanting. Mereka tak ada slip gaji. Jauh sekali
socso mahupun kwsp. Kerjanya keluar pagi balik dinihari. Dan kalian pula
berbicara indah persis pujangga metropolis~" Hanya 20 sen? Itu pun nak
bising? Kerja lah lebih kuat lagi? Beribadatlah lebih lagi? Untuk
dimurahkan rezeki???"
Ya.. Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa. Sedangkan ada mereka
yang facebook pun tiada. Motor buruk hanya tunggu masa. Kerja lebih kuat
dari si Sarjana Muda. Kerja lebih ikhlas dari si PHD mahupun Master.
Hanya untuk mulut mereka sekeluarga. Ya.. Mereka tak berharta. Salah
mereka kerana tidak berusaha di zaman muda. Tapi adakah kita yang berilmu ni hanya
untuk menjadi penindas mereka? Kalau itu sistem kehidupan, aku rela jadi
bodoh dari kalian. Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan!!!
kepada si Zalim..di Dunia mungkin terlepas,, berseronoklah. tapi di Masyar tidak!!!
1 comment:
Zaman sekarang nie rakyat makin tertindas. Agaknya lepas ni bila minyak naik setahun sampai 10x mungkin takkan ada lagi org nak bawak kete pegi kerja.
Bagi yg bergaji 5K mungkin masih boleh hidup senang lenang... tapi yg cuma bergaji 1-2K? Dahlah susah nak dapat kerja tetap sekarang, ditambah kos sara hidup makin meningkat. Lepas ni lagi ramai pencuri dan perompak sebab duit gaji tak pernah nak cukup tanggung family...
Post a Comment