Pages

19 January 2012

KENALI WATAK DI SEBALIK WARNA FEVRET ANDA....


WAHH!!! SGT STRESS...MINGGU NI NGAM2 7HARI DI LANDA KESIBUKAN. OKEH,,SEBELUM SY MEMBAZIRKAN OKSIGEN D MUKA BUMI NI,,BAIK SY UPDATE BLOG NI CEPAT2.. SELAIN MENYELAMATKAN DIRI DARI PIHAK MUSUH. EHE,,

SEBELUM TU,SAJE NAK BG SOKLAN2 YG ANDA HANYA PERLU JAWAB DALAM HATI JEA SBLM MENERUSKAN PEMBACAAN ENTRY NI.
(HALAMAKS, GUNA CAPSLOCK, NAMPAK SGT TGH WAT KJE SAMBIL BERFOYA2..MUNGKIN NI FAKTOR KJE SIAP LAMBAT...HIHI)

Ermm...Adakah anda mempunyai WARNA kegemaran? Warna apakah yang menjadi kegemaran anda? BIRU? MERAH? HIJAU?KUNING? HITAM? PUTIH?
Sedarkah anda bahawa warna yang menjadi kegemaran itu sebenarnya sedikit sebanyak menggambarkan sikap dan watak anda.

Menurut kajian oleh pakar psikologi mendapati warna mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam perwatakan dan sikap seseorang.



HIJAU
Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. 
Warna ini mempunyai sifat :~ meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya suka dipuji, mudah menasihati orang lain.


MERAH
Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

~Merah Terang (maroon)
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. 
Sifatnya :~ Agresif, Aktif, Garang. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, kejantanan.

~Merah Jambu
Warna ini melambangkan romantik, feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan.


BIRU
Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyutan nadi, dan tarikan nafas.

~Biru Tua
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, kejujuran dan patriotik.
Pengaruhnya :~ Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.


~Biru Muda
Warna ini melambangkan kesungguhan cita-cita dan penuh keazaman. 
Sifatnya :~Bertahan, Pelindung, Tidak Berubah Fikiran.
Pengaruhnya :~ Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.



KUNING
Warna ini melambangkan kegembiraan. 
Warna ini mempunyai sifat :~ Selamba, Santai, Tenang dan tidak terkesan dengan masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.

~Kuning Terang
Warna ini melambangkan sifat yang boleh berubah dengan mendadak. Sifatnya sederhana tetapi unik. 
Sifatnya :~ Bertolak ansur, Berhati-hati, Menonjol.
Pengaruhnya :~ Berubah-ubah sikap, berwawasan, dermawan, tidak mudah percaya pada orang.


 
KELABU
Warna ini tidak menunjukkan makna yang jelas. Tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi. Warna ini sifatnya lebih kepada NEUTRAL.


HITAM
Warna ini melambangkan kesedihan dan keseorangan. Ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.



COKLAT
Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.


 
UNGU
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif..


 Okeh,,silalah match warna pevret anda n sifat anda itu...ni jelah sementara dapat ilham lain. tQ :)

16 January 2012

~♫♥ SimpLE ♫♥~

~perkataan "Sederhana"adalah pkataan yg plg sy suka.sebab, dari sifat sederhana akan terbit rasa syukur yg membawa kpd pengucapan "Alhamdulillah"
~bersederhanalah dlm segala hal...nescaya kamu akan tenang wlaupun dlm nikmat yg sedikit:)
situasi 1

miss X: you pakai pencuci muka apa? i beli one set SK II tau...(tanpa d tanya, terus ckp pakai SK II)
miss Y: ermmm...sy pakai yg biasa2 jea...masa remaja dulu pakai pucuk jambu batu jea...tumbuk lumat pastu sapu kat muka.hehe

situasi 2

miss X: lor....nape beli minyak wangi brand ni? time sale gni, beli lah Gucci kea...Paris Hilton kea...bila lg nak merasa kannn
miss Y: Xpelah, belum masanya lg nak pakai yg brand tu...:)

situasi 3

miss X: ehhh,,,, rugi tau kalau beli handbag jenama yg ni,, tambah lagi RM100 u bleh dpt brand yg lagi elok apaaaaaa....
Miss Y: i tak memilih brand, i memilih design yg cantik d jea...xkisah la cap daun mengkuang pun..

~ahaa,, 2 adalah antara senario yg biasa d hadapi...klau org yg taknak besederhana dlm kehidupan, dialog dia mungkin jadi lain lah kan.

~dan mungkin kerana terlalu taksub kpd kesederhanaan, maka sgala aspek sy nak duduk kat "middle" jea...xmau jadi winner, takmau jd juara... dan takmau jadi yang pertama. ms skolah dl pun dk kelas tgh2...tak cerdik sgt, dan x tercicir sgt. ehe,,,masuk univ pun bukan lah sampai ke oversea..:p
kje pun biasa2...xdelah sampai org kne hormat sehingga kita rasa hidup sambil menongkat langit...

~harapan, semoga kesederhanaan akan terus subur dalam diri...kerana, dari kesederhanaan lah kita akan lebih kerap merasa syukur dgn setiap kurniaanNYA...:)

6 January 2012

HarapAn Di Tahun BaRu...

eerrrk....sedar tak sedar dah smgu kte d tahun baru 2012 kan.. Mmg benar lah kata orang,,masa berjalan sgt pantas. sepantas lipas kudung kot. ehe,

azam thn baru?? ermm...rasa nya sangattttttttttt banyak!!! tp x confident lah plak bley tunaikan ke tak. bukan ke ms berjalan sgt pantas?? tkut tak tertunai byk benda...nanti kecewa yg dasatt. azam thn 2011 pun byk tercicir...ni nak buat azam lagi??  :p

~New Year Wishes~

* Nak jadi anak taat yg berjasa :)
* Nak tinggi sikit :p  (sorry lah yea...lepas umur 18thn dah takde harapan nak tinggi dah la) sobsob
* Nak melipat gandakan menu masakan yg membabitkan santan. cop3!!! apa ni?? owhh....kiranya slama ni  asal masak guna santan jea terus fail!!!! haha
* Mr.Right ??
* Target 1 buku sehari harus d baca. sekarang?? ummp...smggu 1 buku kot. ehe

Azam paling tafff yg sebenarnya adalah MENUNAIKAN SEGALA AZAM THN 2011 YG TAK TERLANGSAI TU...:p

4 January 2012

~Pantun Mari Sembahyang~




Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima
minit lima waktu aku tak boleh luang.....

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur aku bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai, tak siapa boleh
Halang!!!

tmenung ape Lagi?? gi lah solat…. hehehe

Renung2kan Dan Selamat BeramaL...
~Yg Baik tu dari ALLAH, yg Buruk tu Dari kite sumer..:)


29 December 2011

...SaTu kEtika kAu bErTanYa...

➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷
sudikah kau menjadi Makmum
disetiap solatku..
agar solatku lebih bermakna
dan terjaga hendaknya..
➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷
sudikah kau menjadi Penjaga
diri dan maruahku
agar hidupku lebih tenang dan bahagia
➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷
sudikah kau menjadi Pendidik
hati dan jiwaku
agar rohaniku terisi hikmahNya
dan akhlakku terjaga hendaknya
➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷
sudikah kau menjadi Pemerhati
setiap gerak dan langkahku
agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku
➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷
sudikah kau menjadi Peneman
di kala suka dan duka ku
agar satu hari, jika ujian itu dtg
air mataku ada yg menghapuskan..
➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷
sudikah kau menjadi Pembela
diriku dan agamaku
agar aku terus berada di atas jln yg benar
➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷
sudikah kau menjadi Penggerak
semangatku..
agar bila aku kelesuan
kau mampu memberi bantuan
walau hanya sekadar senyuman :)
➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷
Sudikah kau menjadi Sahabat
buat diriku..mendengar luahan hatiku
agar aku boleh berbicara apa sj dgn mu
tnpa rasa ragu..
➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷
Sudikah kau menjadi Penghibur
tika ku kesunyian
agar aku boleh ketawa riang

Satu ketika aku menjawab...

"Ya, Aku sudi..
Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI
dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"





Tetapi,
aku kembalikan soalan ini kepadamu...
➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷
sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?

jika aku sudah tidak seperti dulu?
➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷➹➷➸➷
Sudikah kau pula menjadi
Imam, Penjaga, Pendidik
Pemerhati, Peneman, Pembela
Penggerak, Sahabat dan Penghiburku

Jika suatu ketika nanti
aku sudah tidak mampu lagi menjadi
Makmum di setiap solatmu..

Jika aku sudah tidak mampu lagi
menjagamu,
menemanimu
memerhatikanmu,
mendidikmu
membelamu,
menggerakkanmu
menjadi sahabatmu dan
menghiburkanmu

Sudikah kamu wahai .....................?

Aku percaya..kau masih sudi..

"Kerana Aku pilihmu kerana ILLAHI
dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"

Nikmatilah Percintaan itu dgn caranya yg terindah
~PERKAHWINAN~

*Semoga kiter semua memperoleh cinta manusaia yang mencintaiNYA...AmiN*


23 December 2011

will be silence untill 28 dec (^_^)

~yA Allah,,
sesungguhnya dosaku menggunung tinggi,,
tp rahmat Mu melangit luas...
harga setitis amal ku bersamaan dgn selautan kasih sayangMU...

warna2 kehidupan sangat cantik bukan??? :)

 

thankz 4 reading dis entry (~_^)

22 December 2011

~♫♥SukA dgN LaGu ni ♫♥~

tajuk lagu?? sila lah teka sendiri...:p

suka2 jea...takde kena mengena antara yg hidup, yg mati...atau yg tgh pengsan..:p

21 December 2011

Rahsia BantaL

~ uishh,, hari ni sgt sorow...pagi tadi bangun dgn longlai sekali... walhal dah tdo 8jam,,rasa mcm baru tdo 8minit.
kepala dan bahu sakit n lemah. umppp ni tentu sbb tdo tanpa bantal semalam.
ehh,, bcakap pasal bantal,, betul kea penggunaan bantal ni mencerminkan peribadi??
baca jelah....pcaya jgn. hehe



Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai
penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.



2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.





3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

uit,, siap ada peta lagi 2 kat bantal...sungguh simbolik!! haha

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini
menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.


 
5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.



6) Tidak punya bantal
Kasihan betul... pergi kedai belilah satu!!! haha


19 December 2011

~♫♥BeRkElaH♫♥~

ahli~16 orang
posisi~pesisir pantai kerancut, tampi, dan monkey beach
menu~macam2,, dan yg paling best "i kopi O" pevrett!!!
aktiviti~main ngan monyet,cari siput,tangkap udang,bakar2,,rebus2,,makan2,,dan bla bla bla...


-beg sape ntah yg terpelanting sampai ke dlm semak tu,,huhu


-myb bentuk muka bumi yg tenggelam sikit kat tgh..maka sy kelihatan lagi rendah dari bebudak yg msih student,,hehe

-ya,, mmg pendek. jadi jgn salahkan stuktur geografi

-cintailah sg kita..:)





-geng pencari siput terlatih


-kat belakang 2 batu bersurat zaman T-Rex (ok jgn pecaya:p)


ehh,, kek pun ada?? ehe

-baru lepas penggambaran telefilem "kuncu2 hotak hang" huhu


-nice view (^_^)





~Selesaaaii....
thankz 4 reading dis entry (~_^)